Huwaaaa…. Makin hari semakin banyak pula muncul jeragat atau tompok hitam di muka nie. Stress betul dibuatnya!


Tanpa disedari, sebenarnya perubahan warna pada kulit muka sememangnya sangat menganggu penampilan kita. Perubahan warna kulit inilah yang menyebabkan warna kulit muka kita nampak tidak sekata.

Walaupun boleh ditutupi atau disamarkan dengan penggunaan mekap atau solekan, namun ia tetap membuatkan kita rasa tak selesa. Salah satu efek yang disebabkan terdedah kepada sinaran matahari adalah pigmentasi kulit muka.





Jom Cuba Empat Cara Atau Petua Mengatasi Masalah Jeragat Di Muka Secara Semulajadi. Mana tahu serasi!




1. Lidah Buaya

Gel lidah buaya bukan sahaja sangat efektif untuk penjagaan rambut yang sihat dan menawan. Malahan turut bermanfaat untuk menyamarkan bekas-bekas luka serta tompok-tompok kehitaman atau jeragat di   muka.
Kita hanya perlu menyapu gel lidah buaya ini pada kulit muka yang bermasalah. Biarkan selama 20-30 minit, setelah itu barulah dibilas dengan air bersih.





2. Ubi Kentang

Khasiat yang terdapat pada ubi kentang juga dikatakan mampu menghilangkan jeragat kulit muka. Ambil hirisan ubi kentang dan gosokkannya pada muka yang bermasalah itu dan biarkan selama 10 minit.
Bagi mendapatkan hasil terbaik, tambahkan sedikit dengan perahan lemon ataupun limau nipis.





3. Yogurt, Limau Nipis Dan Madu

Bekas jeragat di kulit boleh disamarkan dengan pemakaian masker yang diperbuat daripada yogurt, perahan limau nipis dan madu.

Sapukan pada muka campuran masker tersebut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian barulah bersihkan muka sehingga bersih.

Baca Juga: Pakai Sunblock Atasi Jeragat





4. Jus Lemon Dan Minyak Zaitun

Lemon dan minyak zaitun adalah kombinasi hebat untuk memulihkan masalah kulit. Perahkan setengah biji jus lemon dan campurkan dengan satu sudu madu.

Gaul rata dan sapukan pada muka. Biarkan 20 minit sebelum dibersihkan dengan air biasa.

Itulah antara cara atau petua semulajadi yang efektif bagi menyamarkan atau menghilangkan jeragat di muka. Selamat mencuba!



Lurve,
Sis Anie Mohamed


Foto: Sumber Google