Cara Kuruskan Badan | Selamat berpuasa semua.Walaupun kelainan tetap terasa, tak seperti bulan Ramadhan tahun-tahun lalu, namun kita tetap perlu bersemangat untuk mengutip 'ladang pahala' di bulan yang mulia ini. Okay, ada yang plan nak turunkan berat badan? Cuba 9 cara kuruskan badan yang dikongsikan ini.

cara kuruskan badan


Siapa kata diet itu susah? Sebenarnya tak susah manapun nak kuruskan badan, asalkan kita ada kemahuan dan betul-betul bertekad untuk turunkannya.

Sekiranya kita tidak mempunyai banyak waktu untuk berdiet, ada beberapa tips kuruskan badan yang simple dan boleh dipraktik dalam masa 30 hari ini.

cara kuruskan badan

Berikut 9 Cara Kuruskan Badan Dlaam Masa 30 Hari:

1. Wajib Minum Air Masak 


Ini adalah antara perkara wajib yang perlu kita lakukan jika mahu menurunkan berat badan. Setiapkali kita terasa ingin mengunyah sesuatu atau rasa lapar sebelum waktu makan, minumlah air masak.Tak salah jika kita memperbanyakkan minum air masak kerana air ini tidak mempunyai kalori.


2. Buang Semua Jajan!


Kalau sebelum ini kita memang hantu jajan, aiskrim, mee segera, kerepek dan sebagainya, kini sudah tiba masanya untuk kita mengubah kesukaan tersebut. Jika makanan tersebut masih ada dalam simpanan kita, apa yang ditunggu lagi silalah sedekahkannya kepada kawan-kawan ataupun jiran tetanggaTukar segala keinginan kita untuk menikmati tersebut dengan buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

3. Banyakkan Makan Sayur


Rebus,kukus atau tumis sayur-sayuran untuk menu diet kita seharian. Jika mahu kurus dengan cepat, kita kena selalu pastikan jumlah sayur yang kita ambil mencukupi sebagai pengganti nasi.
Jika kita memilih untuk menikmati lauk pauk, pastikan jumlahnya 6:4 antara sayur-sayuran dan lauk.

4. Kurangkan Makan Nasi


Tips kuruskan badan dengan cepat yang seterusnya menyarankan kita agar kurangkan makan nasi putih dan segela jenis karbohidrat.Adalah lebih baik jika kita memilih pelbagai manan yang mengandungi protein seperti susu soya, tauhu, tempe dan telur.Makanan berprotein hadam lebih lama dan mampu membentuk otot-otot badan dengan baik.

5. Pantang Makanan Manis


Jangan abaikan tips kurus cepat yang nombor 5 seandainya kita benar-benar nak turunkan berat badan kita dalam tempoh sebulan ini.Jangan langgar pantang! Kita memang kena elakkan makan makanan manis dan bertepung seperti kek, roti, biskut, kuih muih dan sebagainya.


cara kuruskan badan

6. Jangan Makan Sampai Tak Ingat Dunia!  


Pastikan ketika bersahur dan berbuka puasa kita  makan dengan sewajarnya sahaja. Kita perlu menitikberatkan jumlah makanan yang kita ambil serta kandungan khasiatnya bagi mendapatkan energi yang bagus sepanjang sebulan berpuasa.

Makan makanan yang terlalu banyak kalori boleh menggagalkan segala usaha kita untuk kuruskan badan.Jadi, pastikan kita memilih makanan yang tepat sewaktu bersahur dan berbuka puasa.



diet bulan puasa

7. Makan Sambil Tengok Cermin 


Mungkin trik ini nampak pelik sedikit, tetapi ia sangat mempengaruhi nafsu makan kita.
Serius… tak percaya, cubalah buat, Jika kita makan di depan cermin, secara automatik kita akan rasa bersalah jika makan terlalu banyak. Sudah pasti kita akan lebih bersemangat untuk menguruskan badan!

Baca Juga: Minum Teh Hijau Cepat Kurus?

8. Rajin Bersenam


Mungkin agak sukar untuk bersenam di bulan puasa (liat hahhaa) dan juga mengira berapa jumlah kalori yang telah masuk ke dalam perut kita.Namum, kita perlu pastikan yang kita kena rajin bersenam pada setiap hari (walaupun di rumah sahaja)  bagi membakar segala kalori dan lemak yang telah masuk ke dalam badan kita.

Paling kurang, kita kena bersenam selama 30 minit setiap hari. Pilih senaman yang mampu  dan sesuai dilakukan di bulan Ramadhan. Pastikan juga senaman tersebut membuatkan tubuh kita bergerak dan berpeluh.


diet bulan puasa


9. Minum Jus Lemon


Menikmati jus lemon merupakan salah satu tips kuruskan badan semulajadi yang mampu mengatasi kelebihan berat badan.Secara semulajadi lemon membantu melancarkan sistem pengadaman. Secara tak langsung ia turut membantu kita menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang lebih ideal.

Di samping itu, lemon juga berkhasiat untuk membantu menghilangkan toksin dari dalam tubuh yang mana membuat sistem metabolisme tubuh menurun.Caranya mudah sahaja, kita hanya perlu mencampur satu sudu besar perahan lemon bersama madu dan sedikit serbuk lada hitam dengan segelas air.

Kemudian minum air tersebut di pagi hari sebelum kita bersarapan/bersahur. Lakukan cara ini setiap hari pada selama 3 bulan berturut-turut.

Itulah beberapa cara kuruskan badan yang boleh dilakukan jika kita benar-benar ingin kurus dalam tempoh 30 hari ini. Selamat mencuba, semoga berjaya!


Kredit Foto: Google