Cara menurunkan kolesterol tanpa ubat. Kadar kolesterol tinggi boleh mengundang pelbagai penyakit seperti obesiti, strok, jantung,paru-paru, otak dan lain-lain lagi. Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan saluran pembuluh darah jadi tersumbat. Jangan main-main!

kolesterol


Cara Menurunkan Kolesterol Tanpa Ubat


Macam-macam penyakit boleh datang! Sekiranya kita sudah tersenarai dalam golongan tersebut, usahalah untuk mengubah gaya hidup kita seharian. Ia boleh dicegah dengan beberapa cara, antaranya makan makanan yang tinggi serat, menjaga berat badan yang ideal, elakkan merokok, stress dan rutin bersenam.

Di samping itu terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang mampu membantu untuk menurunkan kolesterol dalam darah. 

Kolesterol Tinggi


Bila tiba musim perayaan memang tak sah kalau tak pekena menu yang berasaskan daging. Tak kiralah daging kambing, kerbau, lembu dan sebagainya.

Walaupun daging sumber protein yang baik,tetapi kandungan kolesterol yang terkandung daripada daging ini berbahaya untuk kesihatan.

Kalau makan sikit oklah, tapi kalau dah terlalu banyak bahaya juga, kan. Apatah lagi, kalau kita nie tergolong dalam kategori berkolesterol tinggi.

Kalau rasa banyak menikmati hidangan berkolesterol tinggi, terutama rendang daging, marilah kita sama-sama berusaha menurunkannya demi kesihatan diri sendiri.Ahh.. giteww…




Baca Juga :


6 Minuman Kurangkan Kolesterol Dalam Badan


Berikut antara minuman kurangkan kolesterol dalam badan: 

1. Air Lemon


Minum air lemon secara rutin dikatakan dapat membantu menurunkan paras kolesterol jahat dalam darah. Tambahan pula kandungan vitamin C yang terdapat dalam lemon memainkan peranan penting untuk mengawal paras kolesterol tinggi.

Sebaiknya minum air di pagi hari. Kalau tanya sis, lebih suka minum air perahan lemon suam daripada yang sejuk. Nak lagi sedap, boleh jer letak beberapa helai daun pudina, potongan halia muda ataupun sedikit madu.

Selain menambah kenikamatinya, minuman yang dicampur dengan perahan lemon mampu meningkatkan tahap kesihatan kita seara keseluruhannya.


kolesterol

2. Teh Hijau


Khasiat teh hijau amat luar biasa. Bukan sahaja dapat membantu mencegah kolesterol, malah mampu mencegah kanser, penyakit jantung dan juga peradangan.

Untuk menurunkan kolesterol, cubalah minum teh hijau secara teratur 2 kali sehari. Ini adalah kerana teh hijau mengandungi polifenol yang bagus untuk menurunkan koleseterol. 

Di samping itu, kandungan flavonoid dikatakan mampu menghancurkan lemak sehingga penyerapan kolesterol jadi berkurangan.

kolesterol


3. Jus Tomato


Kandungan serat dalam buah tomato dapat membantu menurunkan paras kolesterol jahat dalam darah. Untuk menjaga kadar kolesterol supaya stabil dalam badan, arteri jadi bersih serta kesihatan jantung pun baik, minumlah jus tomato secara rutin.

Dalam jus tomato juga mengandungi vitamin B yang dapat mengoptimalkan kesihatan jantung dan juga memperkuatkan dinding pembulu darah.



kacang soya

4. Kacang Soya


Susu kacang soya asli bukan sahaja mengandungi pelbagai vitamin, tetapi juga mampu membantu menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan.

Kandungan isoflavone dan lesitin bermanfaat untuk meningkatkan paras kolesterol baik. Kalau korang tak suka minum air soya, kini sudah tiba masanya menikmatinya.

jus berry

5. Jus Berry


Kalau korang suka menikmati strawberi, blueberry ataupun rasberry memang bagus sangat.Buah-buahan daripada keluarga berry ini mengandungi serat petkin yang mampu mengawal kelebihan kolesterol dalam usus.

Buah berry mengandungi antioksidan polyphenol dan anthocyanin yang bagus untuk pengidap diabetis dan juga kolesterol tinggi.

jus jambu batu

6. Jus Jambu Batu


Sis pun baru tau yang buah jambu batu merupakan salah satu buah yang boleh membantu menurunkan kolesterol.

Buah jambu dikatakan mengandungi vitamin dan bersifat antioksidah yang bekerja melindungi jantung daripada kerosakan akibat radikal bebas. Jom kita try minum jus jambu secara rutin demi menjaga kesihatan.

Itulah 6 jenis minuman yang boleh membantu menurunkan kolesterol tinggi dalam badan yang boleh dipraktik secara rutin. Namun, jangan abaikan untuk menjalankan gaya hidup sihat supaya khasiat minuman tersebut dapat bekerja secara efektif.

Sekian dulu perkongsian info kesihatan tentang cara menurunkan kolesterol tanpa ubat yang sis peroleh daripada pelbagai sumber. Moga bermanfaat.