Apakah sebenarnya punca atau penyebab badan kita menjadi cepat gemuk? Obesiti merupakan salah satu masalah kesihatan yang banyak di alami oleh masyarakat moden hari ini.Obesiti atau kegemukan terjadi kerana pengumpulan lemak dalam badan.

Ada banyak faktor yang menjadi penyebab badan kita menjadi cepat gemuk.Namun, kelebihan kalori atau lemak tidak semestinya menjadi penyebab utama berat badan kita terus meningkat naik. 


cepat gemuk


Penyebab Lain Badan Cepat Gemuk

Jadi, apakah penyebab lain yang membuatkan badan kita cepat gemuk?  Baca senarai di bawah ini:

Kurang Tidur dan Tak Cukup Rehat


 Kurang tidur dan tak cukup beristirahat boleh menyebabkan kadar hormon ghrelin meningkat. Peningkatan hormon yang tinggi akan mengakibatkan nafsu makan kita jadi bertambah. 

Lagipun waktu tidur yang tidak teratur atau kurang tidur turut berkait rapat dengan masalah kegemukan.

Perkara ini disebabkan kerana apabila berjaga malam mulut kita akan terasa seperti ingin mengunyah makanan atau makan di tengah malam yang akan menyebabkan pengambilan kalori atau lemak menjadi tidak menentu.

Kurang tidur membuatkan kita cenderung memilih sembarangan makanan seperti goreng-gorengan daripada kudapan sihat seperti buah-buahan segar.

Stress


Ketika kita stress, badan akan menjadi tegang dan mengeluarkan hormon yang bernama kortisol. Hormon ini menjadi penyebab utama nafsu makan kita memuncak.

Kita akan makan apa sahaja makanan tanpa rasa bersalah atau bimbang soal kenaikan berat badan semata-mata untuk menenangkan diri.

Diet Yang Ekstrem


Diet yang ekstrem dengan harapan ingin menurunkan berat badan secara drastik dalam waktu yang singkat merupakan cara yang tidak efektif.

Cara ini tidak melatih tubuh untuk membakar kalori yang banyak dalam jangka panjang. Akibatnya, makanan yang kita makan tidak akan terbakar sepenuhnya dan membuatkan badan jadi cepat gemuk semula.

Bila Berhenti Merokok

Menyedut asap rokok membuatkan denyutan jantung kita meningkat 10-20 kali lebih banyak dalam satu minit sehingga membuatkan badan membakar lebih banyak kalori ketika merokok.

Ketika seseorang itu berhenti merokok, nafsu makan akan jadi bertambah tetapi efek ini akan hilang dalam beberapa minggu. 

Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa berhenti merokok sebenarnya jauh lebih baik daripada terus merokok kerana takut gemuk!

Baca Juga:

Makanan Punca Kolesterol Tinggi

Minuman Detox Bantu Turunkan Berat Badan



cepat gemuk




Suka Makanan dan Minuman Manis

Jika kita sudah terbiasa dengan makanan ataupun minuman manis seperti teh tarik, kopi,minuman berkarbonat atau aiskrim, tak mustahil boleh membuatkan badan jadi cepat gemuk.

Adalah lebih baik jika kita mengambil minuman manis seperti teh O panas ketika bersarapan pagi. Ini adalah kerana kerana gula akan dibakar menjadi glukos bersama beberapa jenis makanan yang menghasilkan energi untuk memulakan aktiviti kita di pagi hari.

Di samping itu, elakkan pengambilan kopi dan minuman berkarbonat secara berlebihan kerana kedua jenis minuman ini mempunyai peranan besar dalam kenaikan berat badan.

Hipertiroid


Hipertiroid adalah bentuk dari suatu penyakit yang terdapat pada sekitar leher. Apabila tiroid ini terganggu dan jumlah kelenjar yang dihasilkan tidak seimbang dan tidak mampu mengeluarkan hormon tiroid dengan jumlah yang mencukupi.


Jadi, kita akan rasa cepat penat, lemah dan tidak bermaya serta berat badan naik. Apabila tubuh kekurangan tiroid, metabolisme akan berjalan lambat sehingga badan menjadi cepat 
gemuk.

Semoga artikel penyebab cepat gemuk ini bermanfaat untuk semua. Kuruslah dengan sihat!