Dah lama teringin nak makan Kuih Kaswi Labu dan akhirnya tercapai juga. Buah labu kuning yang multifungsi ini boleh diolah menjadi pelengkap sayur-sayuran ataupun menjadi kudapan ringan.

Kalau anak-anak, tidak lalu atau kurang nak makan nasi, kita boleh menggantikannya dengan labu kuning yang kaya dengan karbohidrat ini.



Zat Yang Menyihatkan


Di samping itu, kita juga boleh buat kek, donat, sup atau pun puding daripada labu. Selain mempunyai zat yang menyihatkan, warna kuning yang terang juga sangat mampu menarik minat anak untuk menikmatinya.



Bukan anak sahaja, warnanya yang menggoda tu sebernarnya membuatkan kitapun terliur untuk mengolahnya menjadi makanan yang lazat macam kuih orang zaman dulu-dulu nie.

Okaylah, jom buat sekarang!


Baca Juga: 


 Pappa Roti Lembut Dan Sedap



Resepi Kuih Kaswi Labu 


Apa yang menariknya, Resepi Kuih Kaswi Labu ini dibawakan oleh Ayam Brand. So,kalau nak kuih tersebut lebih lemak dan lebih sedap, gunalah Santan Ayam Brand. Wahhh... gitew!!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya:

4 cawan tepung ubi

700g labu kuning

300ml Santan Ayam Brand

3 cawan air

7 gram tepung agar agar

2 cawan gula

1 sudu kecil garam

Kelapa parut untuk ditabur, mengikut citarasa

* Masa Memasak: 1 Jam 40 minit

* Hidangan: 15


Cara Membuatnya:

1. Kukus labu selama 30 minit sehingga lembut. Lenyekkan dan biar sejuk.

2. Dalam mangkuk yang kecil, cairkan gula dan garam dalam air.

3. Dalam mangkuk yang sederhana, campurkan tepung ubi dan tepung agar-agar.

4. Masukkan ubi, santan dan campuran air gula. Campurkan semua sehingga licin.

5. Saringkan dan tuang ke dalam bekas. Stim selama 1 jam.

6. Biar sejuk dan letak di peti ais sehingga mengeras.

7. Potong mengikut bentuk yang disukai dan gaulkan bersama kelapa parut.

8. Okay dah siap dan bolehlah dihidangkan.

Okay itulah resepi Kuih Kaswi Labu yang boleh korang cuba. Ia sesuai juga dijadikan idea jualan. Manalah tau, kot-kot ada yang nak buat bisnes kuih yang unik ini. Teksturnya super lembut serta rasanya dijamin sedap. Selamat mencuba!