Resepi Ikan Patin. Kalau korang pencinta ikan patin masak tempoyak memang tangkap leleh! Kena pula makan dengan nasi panas. Bila hirup kuahnya, mak aii… terangkatlah selera berbuka nanti! Mahu tambah lagi, dua pinggan nasi! Hahaha…
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Sis suka gulai tempoyak, dan kat rumah nie memang pemakan gulai tempoyak. Cuma, masak-masak kali ini, sis tak makanlah sebab sis tak makan ikan patin. Jadi, tukang masak sahajalah!
Kalau masak gulai tempoyak, sis suka gandingkan dengan ikan tenggiri, sotong ataupun udang serta timun tua sebagai perencah sampingan. Rasanya memang "waaalaaa maakkkk" Kih.. kih kihh...
Tempoyak sangat ‘menyengat’ apabila dikombinasikan dengan ikan, sotong atau udang. Citarasa daripada masakan ini sedap ‘menyengat’ disebabkan perpaduan antara rasa masam, pedas dan aroma durian dari tempoyak ini.
Baca Juga: Resepi Sambal Tempe Kering
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
- Seekor ikan patin berukuran sederhana
- 2 cawan air
- 5 sudu besar tempoyak
- 10 biji cili padi (dikisar/ditumbuk halus)
- 2 inci kunyit hidup (dikisar/ditumbuk halus)
- Sedikit daun kesum dan asam keping
- Terung/Timun tua/timun Jepun yang dipotong kecil (jika suka – sebagai perencah sampingan)
- Garam kasar dan gula secukup rasa serta Maggi cukup rasa
Baca Juga: Resepi Sambal Udang Petai
1.Bersihkan ikan patin dengan air bersih, buang insang dan siripnya.
Kerat menjadi empat atau lima bahagian. (Sebaiknya lumur ikan patin tersebut dengan perahan limau nipis atau asam jawa dan garam, biarkan selama 20 minit, kemudian barulah dibasuh kembali sehingga bersih bagi menghilangkan bau dan hanyir ikan tersebut.)
2.Setelah siap semuanya, masukkan ikan patin ke dalam periuk dan gaul ikan patin perlahan-lahan bersama tempoyak dan bahan-bahan yang dikisar tadi. Perap dalam 30 minit biar kesemua bahan tadi meresap bersama.
3. Tambah dua cawan air sebelum dijerang dengan api sederhana. Masukkan daun kesum, asam keping dan terung. Jerang sehingga kuahnya pekat. Tapi jangan terlalu pekat kerana gulai ini sedap dihirup begitu saja.
4. Masukkan garam, dan sedikit gula serta Maggi cukup rasa secukup rasa, kalau dah ok, bolehlah tutup api.
Cara Nak Masak Ikan Patin Masak Tempoyak Yang Sedap

Masakan ikan patin masak tempoyak dahpun siap. Tentu terbuka selera seisi rumah nanti dan sis cuma mampu tengok sahaja. Selamat mencuba resepi ikan patin ini ya.
0 Comments