Ramai di antara kita yang mengalami masalah kulit berminyak. Sis pun tak terkecuali. Ada masanya muka  nie berminyak semacam.Habis cair semua mekap! Huhuhu.... Kemudian, sis cuba praktik tips menggunakan bahan-bahan semulajadi yang dikatakan mampu untuk menghilangkan muka berminyak. Ahhhaaa... menjadi tau!!


Memang tak syok kan kalau muka berminyak sebab bukan sahaja akan menimbulkan masalah jerawat, malah mekap pun comot. Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Jadi, sebaiknya kita cuba atasi masalah ini dengan segera. Bukan apa, kalau kita rajin, bukan orang lain yang untung, kita juga kan? Jadi, jom cuba!

Berikut beberapa masker muka semulajadi yang boleh dimanfaatkan untuk mengurangkan sekaligus menghilangkan muka berminyak.





1. Pisang

Selain mempunyai pelbagai khasiat, kandungan vitamin A, B dan E yang terdapat dalam pisang juga berguna untuk mencegah penuaan semulajadi di kulit muka serta menghilangkan muka berminyak.


Ambil sebiji pisang, lecek dan campurkan dengan sedikit madu asli. Kemudian sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilaslah sehingga bersih.





2. Epal

Selain sedap dinikmati, buah epal mengandungi nutrisi dan vitamin yang sangat bagus untuk menghilangkan muka berminyak. Cara memakainya pun sangat mudah, korang hanya perlu kisar sebiji epal dan campurkan dengan sedikit madu asli.

Setelah digaul rata dan sebati, sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering, kemudian bersikan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk. Lakukan secara teratur bagi mendapatkan hasil yang sempurna bagi menghilangkan muka berminyak.





3. Betik


Buah betik mengandungi antioksidan yang dapat mencegah kerosakan sel kulit, memperlambatkan penuaan semulajadi serta menghilangkan muka berminyak. Lenyek isi betik dan campurkan dengan madu.

Gunakannya sebagai masker, biarkan selama 20 minit atau sehingga kering. Lakukan secara rutin bagi mendapatkan kulit muka yang kembali sihat serta bebas daripada minyak yang berlebihan.




4. Timun

Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan untuk menghilangkan muka berminyak, sebaiknya korang pakai masker timun ini secara teratur, dua kali seminggu. Selain membuatkan wajah menjadi lebih segar, timun dipercayai cukup berkesan untuk menghilangkan muka berminyak dengan lebih cepat.

Caranya sangat mudah, hanya perlu hiriskan timun nipis-nipis, kemudian tempelkan pada muka yang telah dibersihkan.Biarkan selama 30 minit, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.





5. Limau Nipis

Limau nipis bukan sahaja dapat menghilangkan muka berminyak, malah kandungan vitamin C juga boleh membuatkan kulit muka semakin cerah dan berseri-seri.

Korang hanya perlu menggosokkan muka dengan limau nipis yang sudah dibelah menjadi beberapa bahagian. Tak pun, korang boleh juga gunakan air perahan limau nipis, dan sapukan rata-rata pada muka. Biarkan selama 30 minit, setelah itu bilaslah sampai bersih.

Itulah beberapa tips hapuskan muka berminyak menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh korang cuba. Semoga ianya bermanfaat untuk kita yang nak cantik-cantik tanpa memudaratkan kulit muka!

Jumpa lagi!

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Kredit Foto: Google