5 Khasiat Garam


Jom kita manfaatkan khasiat garam. Sebab ada macam-macam cara yang boleh kita lakukan untuk merehatkan diri serta menjaga kesihatan tubuh setelah seharian berpenat-penat. Jangan ingat, mommies-momies yang bekerja dari rumah tak letih dan punya banyak masa terluang!

Sebenarnya, sis cukup alergik kalau ada yang cakap begitu pada sis. Meh, sini stay kat rumah sis, seminggu dua. Tengok macam mana kalutnya sis setiap hari andaikata tak susun jadual betul-betul atau tetiba jer apa yang dirancang bertukar menjadi sebaliknya.

Hanya orang yang melalui situasi sebegini sahaja dapat memahaminya. Sis tak suka nak buat perbandingan dengan orang lain yang bekerja di pejabat. Sebabnya sis pun pernah bertahun-tahun melalui perjalanan hidup bekerja ‘makan gaji’.

Bagi sis la, penat ‘makan gaji’ dan ‘kerja sendiri, cari gaji’ (hihiihii ) tetap ada pro dan kontra-nya. Cuma dalam soal kerja, fokus buat kerja di pejabat lebih tenang berbanding di rumah. Kalau kat rumah, faham-fahamlah segala kerja kita kena uruskan. Lagi hebat ‘multi-tasking’nya. Haahahaa…

Apapun, sis tetap happy dengan dunia sekarang. Dapat tengok anak-anak membesar di depan mata setelah sekian lama berbakti pada kerja ‘makan gaji’!

Alamak… mana cerita pasal khasiat garam nie? Hahaha… Sebenarnya sis nak story-mory pasal bab rendam-rendam kaki dengan air garam nie.


5 Khasiat Garam

Macam nie, sejak zaman kerja lagi sis memang suka rendam kaki dengan air garam. Tak kisahlah garam biasa ke, garam bukit ataupun garam pink. Banyak khasiat garam nie tau, bukan sekadar penyedap rasa dalam masakan jer.

Zaman kerja, kaki memang tak pernah duduk diam. Ke hulu- ke hilir, berjalan sahaja sebab dalam sehari, kadang-kadang ada dua, tiga assignment kena pergi. Bila balik kerja, kaki rasa lenguh giler kaki.

5 Khasiat Garam

Jadi, selalulah sebelum tidur sis rendam kaki dengan air garam suam.Walaupun nampak macam biasa-biasa jer, tetapi khasiat garam nie luar biasa.Merendam kaki dengan air garam, lebih-lebih lagi kalau garam bukit atau garam pink ternyata boleh meredakan ketegangan pada otot-otot kaki.

Air garam mengandungi magnesium dikatakan dapat memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Sis suka rendam kaki dengan air garam (suam-suam kuku) sebab nie kerja mudah. Hahaha… Guna besen atau baldi pun boleh. Janji kaki kita dapat terendam sepenuhnya dan rendamlah selama sejam ataupun 30 minit. 

Nak lagi best, titiskan sikit minyak essential lavender ke… peppermint ke dalam air rendaman tersebut. Kalau rajin, sebaiknya buatlah dua kali seminggu. Chop! Lepas dah siap merendam kaki tu, laplah kering-kering. Kemudian, jangan lupa sapukan losyen atau pelembab supaya kulit kaki kita terasa lembab dan tidak mengering.

Baca Juga: 6 Petua Berkesan Hilangkan Ulser Dalam Mulut

Berikut Beberapa Khasiat Merendam Kaki Dengan Air Garam Yang Patut Korang Tahu:-

5 Khasiat Garam

 
1. Mencegah Munculnya Kulat Kaki

Walaupun tak boleh nak menghapuskan kulat yang menyebabkan terjadinya kutu air, tetapi merendam kaki dengan air garam boleh membantu untuk mengurangkan kelembapan kaki dan membuatkan kulat kaki tak nak dekat! Haahaha…jangan main-main dengan khasiat garam nie, memang luar biasa!

2. Meredakan Rasa Lenguh-Lenguh Kaki

Merendam kaki dengan air garam, bagi sis adalah cara mudah, cara berkesan untuk meredakan lenguh-lenguh sendi kaki. Apa yang sis tahu, sebab pernah baca, merendam kaki dengan air garam yang mempunyai kandungan magnesium dapat meningkatkan kadar mineral dalam badan serta mampu mengurangi kesakitan tersebut.

Di sebabkan usia pun makin meningkat, lenguh-lenguh kaki nie makin jerlas terasa. So, rajin tak rajin, sis memang wajib buat!!!

5 Khasiat Air Garam


3. Mengurangi Masalah Bau Kaki

Haaa… kalau korang ada masalah kaki berbau, memang disyorkan sangat merendam kaki korang tu dengan air garam. Please, jangan malas.Usaha sikit ok untuk mengatasinya. Terus-terang sis cakap, sis tak tahan dengan orang-orang yang ada masalah bau kaki. Rasa nak pitam pun ada dibuatnya! Hahahaa…

Magnesium yang terdapat dalam garam tersebut mampu membantu membersihkan kaki serta mengurangkan bau. Bila kaki bersih, secara tak langsung kaki akan terhindar daripada bakteria-bakteri/kulat dan membuatkan kesihatan kaki korang terjaga.


4. Membuang Sel Kulit Mati

Cubalah rendam kaki dengan air garam, dan korang pasti mengagumi khasiat garam ini.Kulit kaki akan terasa lebih segar, bersih dan lembut kerana proses pengelupasan sel kulit mati akan berlaku dengan sendirinya hasil dengan kekuatan kandungan magnesium pada garam.

Nak lagi bagus resultnya, sis suka sental dengan batu apung ataupun berus kaki. Lepas tu, pergh! Kaki bersih… jimat duit, tak yah pergi pedicure gitew!!

5 Khasiat Garam

5. Tidur Jadi Lebih Lena

Disebabkan sis nie jenis yang susah nak lelap, sis sememangnya mempraktik cara rendam-rendak kaki dengan air garam. Teknik ini bukan sahaja membuatkan otot-otot jadi lebih relaks, bahkan membantu menghilangkan stress serta melegakan fikiran. 

Secara tak langsung, bila stress reda, tidur kita pun jadi lebih lena.Haa.. korang yang selalu stress atau susah nak tidur pada malam hari, boleh try praktik cara nie ok.


5 Khasiat Garam

Okaylah sekian sahaja perkongsian sis tentang khasiat garam dan juga kebaikan merendam kaki dengan air garam nie. Selamat mencuba!

Sampai jumpa lagi.

Jaga diri, stay safe kat rumah. Jangan merayap ok!

Lurve,
Sis Anie Mohamed




Kredit Foto: Google