Bukan nak kata apalah.... bagi sis, pergi ke gym bukanlah satu-satunya pilihan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan lemak di perut, pinggang, lengan ataupun paha.Sebenarnya kita masih boleh mengawal berat badan kita dengan pengambilan makanan yang tepat.
Cubalah pilih makanan yang tinggi kandungan seratnya, termasuklah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet kita. Sambil-sambil tu buatlah senaman sikit!! Kasi keluar peluh gitewwww....
BERIKUT BEBERAPA MAKANAN PEMBAKAR LEMAK TERBAIK:
1. OATS
Oats adalah makanan pembakar lemak terbaik untuk kita yang ingin mengurangkan lemak di perut. Amat sesuai di makan pada waktu pagi sebagai sarapan.
Ini adalah kerana gandum mengandungi kandungan serat tinggi yang membantu mengurangkan berat badan, menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. EPAL
Buah ini merupakan serat yang baik dan mampu mengenyangkan. Makan buah epal pada setiap hari dapat mengawal kenaikan berat badan dan menghasilkan perut yang leper.
Buah anggur mampu memberikan perasaan kenyag kerana penghadaman lambat. Selain itu, anggur bukan sahaja mengandungi sumber vitamin C, bahkan terdapat ‘pektin’ yang dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.
Minum jus anggur sangat efektif untuk mengurangkan lebihan lemak yang terdapat di dalam badan.
4. TEMBIKAI
4. TEMBIKAI
Buah tembikai mengandungi banyak air dan sumber yang kaya dengan vitamin A, C dan asid amino.
Makan buah tembikai pada setiap hari membantu secara efektif dalam mengurangkan lebihan lemak di sektiar pinggang.
5. PUTIH TELUR
Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak.
Makan buah tembikai pada setiap hari membantu secara efektif dalam mengurangkan lebihan lemak di sektiar pinggang.
5. PUTIH TELUR
Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak.
Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.
6. CILI PADI
6. CILI PADI
Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolisme badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
Baca Juga: 5 Jenis Buah Untuk Diet Sihat
7. TEH HIJAU
Pengambilan teh hijau secara kerap dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih banyak.
Amalan minum teh hijau terbukti membantu sepertimana diamalkan oleh orang Cina sejak ratusan tahun dahulu.
Jadi, bila dah tahu makanan pembakar lemak ini, bolehlah diamalkan selalu.
Semoga artikel ini bermanfaat kepada kita semua dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google
Semoga artikel ini bermanfaat kepada kita semua dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google
0 Comments