Sel kulit mati. Tak kira tua ataupun muda, kalau tak jaga muka secara rutin regiman yang lengkap, tanda-tanda penuaan tu tetap akan muncul. Amat penting untuk kita buang sel kulit mati yang mungkin dah bertimbun di kulit muka!

Cara Mudah Hilangkan Sel Kulit Mati


Cara nak hilangkan sel kulit mati di muka dengan teknik yang betul dan berkesan sangat penting bagi mendapatkan kulit muka yang nampak segar, sihat, anjal dan sempurna.

Apa yang sis tahu, penjagaan muka sebelum tidur sangat penting dilakukan. Ini adalah kerana ketika kita tidur, sel-sel dalam badan akan melakukan proses pengantian sel.

Di mana sel-sel yang rosak dan mati akan bertukar dengan sel baru yang lebih baik termasuklah di dalamnya adalah sel kulit muka.

sel kulit mati


Sel Kulit Mati Akan Mengelupas


Sel yang sudah mati ini akan mengelupas dan meluruh secara perlahan-lahan dan terjadilah regenerasi kulit.Kulit muka yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan sukar untuk melalui proses pengantian. Akibatnya kulit muka kita akan nampak kusam dan tidak bercahaya.

Jika ia terjadi secara berterusan maka kulit muka kita akan menebal, bintik-bintik hitam akan berkumpul dan mukapun akan menjadi kusam serta lebih mudah mengalami jerawat.

Selain membersihkan muka sebelum tidur, cara lain untuk membantu pengelupasan sel kulit mati adalah dengan rutin melakukan proses pengelupasan atau exfoliating seminggu sekali. Cara ini akan membantu kulit muka kita menjadi semakin cerah, kenyal dan lembut.

Sekarang ini terlalu banyak pilihan untuk merawat kulit muka supaya tetap anjal dan segar semulajadi. Antaranya membuat facial, masker, chemical peeling dan terakhir adalah pengelupasan ini.

Fungsi pengelupasan atau exfoliating ini untuk menanggalkan sel kulit mati, merangsang pengeluaran kolagen di kulit muka dan memberikan penampilan segar serta melicinkan permukaan kulit muka.

Cara Menghilangkan Sel Kulit Mati Di Muka Yang Boleh Dicuba



sel kulit mati


A. Guna Produk Exfoliating Gel


Proses atau cara menghilangkan sel kulit mati ini sangat bermanfaat untuk kulit muka. Ia mampu membantu mengurangkan minyak yang berlebihan di muka sekaligus membersihkan pori-pori muka.

Bagi kulit kering pula, cara menghilangkan sel kulit mati dengan menggunakan produk exfoliating gel akan membantu menghaluskan permukaan kulit muka.

Ia akan memudahkan pelembab muka menjadi lebih terserap ke dalam kulit dan menjadikan kulit muka kita yang dahulunya kering kini terasa lembab.

Kulit Lebih Lembab


Sebelum melakukan pengelupasan kulit muka, basuhlah muka terlebih dahulu dengan air supaya kulit menjadi lembab dan tidak terluka.

Gosok kulit muka dengan kain lembut dan lakukan secara perlahan-lahan.

Boleh juga gunakan produk pengelupasan kulit yang selamat dan sesuai dengan jenis kulit muka kita. Biasanya, tekstur produk ini berbiji-biji atau berbutiran halus.

Sapukan exfoliating gel, krim atau skrub ke seluruh muka kecuali di sekitar mata dan bibir secara merata.

Gosok dan urut-urut kulit muka dengan lembut selama 10 saat supaya butiran tersebut menanggalkan sel-sel kulit mati di muka.

Bilas muka dengan air suam sehingga bersih dan tiada lagi sisa-sisa produk pengelupasan tersebut tertinggal di muka.Kemudian basuh kembali dengan air sejuk agar pori-pori muka tertutup kembali.

Setelah itu keringkan muka dengan tuala bersih yang lembut, sambil ditepuk-tepuk dan bukannya diseret atau digosok.




sel kulit mati


B. Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi 


Bagi korang yang mempunyai kulit muka yang sensitif atau alergi terhadap bahan-bahan kimia, lebih baik menggunakan cara menghilangkan sel kulit mati tu dengan bahan-bahan semulajadi seperti di bawah ini.


sel kulit mati


Gula Pasir


Ternyata gula juga boleh diguna sebagai salah satu cara menghilangkan sel kulit mati. Ambil satu sudu makan gula pasir dan campurkan dengan madu atau minyak zaitun.

Gaul keduanya sehingga merata. Kemudian sapukan di kulit muka dan urutlah dengan perlahan.

sel kulit mati


Serbuk Kopi


Kopi terkenal dengan zat kafein yang terkandung di dalamnya. Selain nikmat diminum, kopi juga mampu menanggalkannya.

Ambil tiga sudu makan serbuk kopi, samada masih baru ataupun hampas serbuk kopi.Campurkan dengan minyak essensial atau minyak zaitun ataupun madu, kemudian gosoklah perlahan-lahan pada kulit muka.

Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Biladah kering, bilaslah dengan air suam dan tepuk-tepuk kulit muka korang tu dengan lemah lembut. Hahha…

Nak tenyeh kat kawasan leher, siku ataupun tumit kaki, boleh jer tak ada masalah. Sis pun selalu buat begitu, lebihannya. Tak elok membazir hahhaa…





Garam Pink


Campurkan 3 sudu makan garam pink dengan satu sudu minyak zaitun dan sebiji pisang masak.

Kemudian lumatkan dan gaul sehingga sebati. Pakailah seperti masker muka selama 2-3 minit dengan perlahan-lahan.

Lepas tu urutlah kulit muka, sebelum dibilas dengan air bersih. Dah siapppp!


cara intstant wajah


Oatmeal, Madu dan Yogurt


Cara hilangkannya ialah dengan campuran oatmeal, madu dan Yogurt (plain), nie sis suka jugak. Vitamin dan mineral yang terdapat dalam oatmeal juga bagus untuk kulit muka kita. Lagi-lagi dengan kandungan proteinnya yang bagus untuk menjaga kelembapan kulit lebih lama.

Cara nak buat pun senang, sis suka guna oatmeal yang instant tu, kemudian campurkan dengan dua sudu makan yogurt (plain) dan satu sudu makan madu. Kacau kesemua bahan tu di dalam mangkuk ke… cawan ke.. sampai sebati.

Lepas tu sapukan kat muka dan urut dengan gerakkan melingkar. Biarkan selama 10 atau 15 minit. Lepas tu barulah dibilas dengan air bersih. Kalau rajin (memang kena rajinlah … hahhaa) buatlah dua kali dalam seminggu secara rutin.

Baca Juga:4 Petua Hilangkan Jeragat Atau Tompok Hitam Di Muka

Pengelupasan kulit muka memadai dilakukan dua kali seminggu. Terlalu kerap melakukannya boleh membuatkan kulit muka menjadi kering dan cepat berkedut, sedangkan kita mengharapkan kulit muka yang gebu dan sihat.

Paling penting, korang jangan lupa pakai pelembab muka setiapkali selesai melakukan pengelupasan tersebut.



Itulah beberapa tip mudah atau cara menghilangkan sel kulit mati yang boleh dicuba.Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Cantik secara semulajadi gitew...