Selera Masakan Kampung
Kalau di kampung halaman sis, daun pucuk ubi memang tak payah nak berbeli. Memang sedia ada sebab abang sis memang ada bercucuk tanam pokok ubi nie di sekeliling batas kolam ikannya.
Macam-macam masakan boleh dibuat dengan daun pucuk ubi. Kalau nak lebih cepat dan sedap, sis suka pilih daun pucuk ubi yang muda. Kemudian, bila nak masak tu sis suka simpul berbanding dikerat-kerat kalau dibuat gulai lemak cili padi.

Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak Ikan Masin
Okay, kali ini sis nak share resepinya ya. Letak kepala atau tulang ikan masin, pergh… terangkat sedap selera!
Bahan Yang Diperlukan:
* Satu kepala atau tulang ikan masin (tapi nak sedap letak jugaklah isinya) – ikan talang, sebab favourite sis. (rendam seketika dan basuh)
* Semangkuk pucuk ubi yang telah disimpul (basuh bersih)
* 1 ulas bawang merah (kecil) - dihiris
* I ulas bawang putih – dihiris
* Sedikit serbuk kunyit (kalau malas tumbuk kunyit hidup)
* 5 biji cili padi (ikut suka hati korang nak pedas ke tak)
* Sekotak santan santan (saiz kecil)
* 1 batang serai (dititik)
* Maggi cukup rasa
* 1 asam keping
Baca Juga:

Resepi Telur Dadar Gulung Sedap
Cara Memasak:
1. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi sampai lumat. Kemudian tumbuk2 seketika bawang dan bawang putih yang telah dihiris tadi.
2. Masukkan kepala ikan/tulang/isi ikan masin ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan daun pucuk ubi
4. Lepas tu masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk tadi (kunyit hidup, cili padi, bawang putih, bawang merah dan juga serai yang telah dititik)
5. Kemudian masukkan santan dan sedikit air (Kena pandai agak-agak sendiri kuahnya ya.)
6. Lepas tu nyalakan api sederhana, kacau perlahan-lahan biar kesemua bahan tadi sebati.
7. Perasakan dengan serbuk perasa, biar sehingga mendidih dan kacau.
8. Apabila daun pucuk ubi sudah lembut dan ikan masin dah masak, kuah pun dah surut, dan cukup rasanya, masin pun dah ok. Bolehlah tutup api.
9. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Perghh! Sedap.
Okay, selamat mencuba resepi Pucuk Ubi Masak Lemak Ikan Masin yang pastinya membangkitkan selera.
6 Comments
pos sini sebekas
ReplyDeletehehehe
Hahahaa...... boleh-boleh. sila bagi alamat.. kih..kih..kih
Deletemakan panas2 sedap terangkat ni!
ReplyDeleteMahu tak cukup sepinggan nasi kan... hahhaa
Deleteaduhaii ni my favourite lauk ni. Pucuk ubi campur ikan masin atau tolo itik pun sodap! Nyum nyum
ReplyDeleteAahaha... betul-betul. Sebut tolo itik, alahai.. lama doh tak makan. Ayoooo terliur pulakkk hahhaa
Delete