Korang suka makan Roti John? Meh la cuba Resepi Roti John hok ni yang tidak kurang enaknya jugak.
Sekali sekala makan, memang 'berdesup' licin. Time-time 'darurat' macam nie, sis memang suka buat Roti John. Tak kisahlah untuk hidangan sarapan pagi ataupun minum petang.. Tak pun, jadi selingan selepas makan malam! Ahhh... gitewww

resepi roti john


Jom Cuba Buat Sendiri Roti John

Bukan per, cara nak buatnya pun mudah. Bahan-bahan pun senang nak disediakan. Ada roti panjang, ada daging cincang dan telur dah jadi. Memang lazat tau.. 

Okay, sis share la Resepi Roti John, kot-kot ada yang teringin nak buat.

Resepi Roti John

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Roti panjang (roti hotdog)
  • Daging cincang (sis suka beli  brand Ramly) 
  • Bawang besar (dicincang halus)
  • 1 sudu serbuk kari
  • 4 biji telur
  • Secubit garam/sedikit Maggi Cukup Rasa
  • Timun (dipotong nipis)
  • Kobis (dicincang halus)
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Cheese (kalau suka)




resepi roti john


Cara-Cara Buat Roti John


1. Mula-mula korang panaskan minyak dan tumis bawang yang dicincang hingga naik wangi.

2. Lepas tu masukkan serbuk kari. Kacau-kacau kacau sampai sebati.

3. Kemudian masukkan pula daging cincang.

4. Masukkan garam dan juga Maggi Cukup Rasa, kacau hingga sebati dan masak.

5. Lepas tu tuang bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas yang berisi telur yang telah dipukul.

6. Kacau kesemua bahan itu hingga sebati.

7. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.

8. Masukkan bahan tadi ke dalam kuali dan ratakan.

9. Belah roti panjang tu, kemudian letakkan  diatas bahan tadi.

10. Nak lagi sedap, memang sis suka terbalikkan bahagian roti dan biarkan panas-panas sekejap dan campak cheese!! Hahha... (kalau suka) 

11. Lepas tu bolehlah angkat dan hidangkan dengan hirisan timun dan juga sayur kobis.
Letaklah mayonis dan sos cili.


Okay, dah siap. Boleh makan tau. Sedap!



Itulah dia Resepi Roti John dari sis yang boleh korang cuba. Selamat menikmatinya!