Pernah dengar tak senaman kardio atau cardio work out? Ada beberapa jenis senaman kardio yang boleh korang praktik jika berat badan semakin naik dan lemak di perut pun semakin menebal!

Ada beberapa orang member sis,hari-hari membebel.Katanya, sejak kembali work-from-home (WHF) berat badannya mendadak naik. Disebabkan depa nie tak suka nak buat senaman berat, jadi sis cadangkan gunakan cara semula jadi untuk menurunkan berat badan atau membuang segala lemak yang berlebihan tersebut.Senaman kardio adalah pilihan terbaik!

Terdapat beberapa senaman kardio yang dikatakan boleh menjadi salah satu cara untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing. Antaranya:-


senaman kardio

1. Berlari Atau Berjogging

Ternyata berlari juga boleh membakar kalori kita dengan banyak, terutama jika kita berlari di kawasan-kawasan yang berbukit.

Di samping membuatkan perut kita jadi semakin mengecil, lemak-lemak di dalam tubuh juga akan turut terbakar. Bahkan otot-otot perut kita juga semakin tegang.

Petang-petang tu, kalau tak buat apa. Cubalah luangkan masa untuk aktiviti sihat nie ya. Bila ada kelapangan, belah pagi atau petang sis suka juga ‘tawaf’ seluruh kawasan kediaman nie.


senaman kardio

2. Berjalan Kaki

Senaman kardio yang sederhana ini tidak kurang hebatnya. Senang giler! Kalau korang nak tahu, dengan berjalan kaki selama 30 minit ini dikatakan mampu membakar sebanyak 180 kalori.

Jumlahnya akan bertambah meningkat apabila kita melalui kawasan-kawasan mencabar seperti berbukit. Untuk mendapatkan hasil yang lebih efektif, kita boleh berjalan kaki dengan cara yang lebih pantas atau cepat.

Ketika kita berjalan kaki dan berpeluh, itu tandanya kolesterol dan lemak-lemak pada perut atau tubuh kita sudah mula terbakar.Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, kenalah lakukannya secara rutin. Jangan malas ok!


senaman kardio

3. Berbasikal

Berbasikal akan menggunakan kekuatan kaki,daya tahan badan akan meningkat serta kalori akan terbakar dengan cukup banyak.

Kita boleh melakukan senaman kardio berbasikal ini selama 30 minit. Tapi, sayangnya sis tak pandai menunggang basikal hahhaa… So, dapat tengok jer lah orang ‘sonok-sonok’ mengayuh basikal. Huhuhu… sedih.


senaman kardio

4. Skipping

Skipping atau lompat tali adalah senaman yang paling mudah untuk menurunkan berat badan dan sis sukaaaaa!!! Sebabnya kita boleh melakukan senaman ini pada bila-bila masa dan di mana-mana, sekalipun dalam rumah sambil mendengar muzik.

Sebagai permulaan, kita boleh membuat senaman ini sebanyak 30 lompatan. Kemudian tambahkan lompatan, dan boleh dilakukan secara bertahap. 

Senaman ini mampu membakar lemak di tubuh serta membantu menurunkan berat badan secara menyeluruh. Sungguh mudah, kan…


Baca Juga: 5 Kebaikan Luar Biasa Main Lompat Tali (Skipping)

senaman kardio

5. Berenang

Berenang merupakan senaman air yang sangat menyeronokkan. Ketika berenang hampir semua otot-otot tubuh digunakan.

Untuk menurunkan berat badan, luangkan selama 30 minit untuk berenang dengan melakukan gaya dada, kerana dipercayai mampu membakar hampir 400 kalori.

Tapi, time PKPB nie kolam renang dalam kawasan kediaman sis nie tak bukak. So, aktiviti senaman kardio ala berenang tak bolehlah nak buat.


Itulah berapa senaman kardio yang berkesan untuk menurunkan berat badan serta menghapuskan lemak berlebihan dalam badan yang boleh korang cuba.

Diharap perkongsian tentang senaman kardio ini bermanfaat untuk semua!


Lurve,
Sis Anie Mohamed


Kredit Foto: Google