Suka tengok instagram selebriti Nabila Huda, Datin Paduka Eina Azman dan juga Betty Rahmad yang rajin masuk dapur. Macam-macam idea masakan serta resepi yang dikongsikan di laman sosial mereka.Teringin pula nak cuba Resepi Spaghetti Carbonara yang super creamy ini.
Kalau rasa bosan bosan dah nak makan nasi, jom ubah selera dan gantikannya dengan pasta! Sos super creamy daripada campuran Susu Sejat IDEAL Penuh Krim, keju dan telur ini menghasilkan rasa lemak berkrim. Sedap yaaa amat. Jadi, cubalah!
Hidangan spaghetti carbonara nie merupakan menu fav kat rumah sis. Dea Marissa memang suka sangat. Anak yang satu lebih lebih menyukai pasta, berbanding nasi. Kalau hari-hari makan pasta pun, dia nie ok jer. Hahhaa...
Andaikata ada yang mahu mencuba spaghetti carbonara super creamy nie, sis share resepinya ya.
Resepi Spaghetti Carbonara Creamy
Bahan-Bahan:
Spaghetti (1 paket)
Spaghetti (1 paket)
1 tin susu sejat penuh krim IDEAL
1 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih, cincang halus
½ biji bawang bombay, cincang
½ biji capsicum hijau
5 biji tomato ceri
2 keping smoke beef
6 ketul sosej (dipotong-potong)
1 butir telur, dipukul seketika
2 keping keju cheddar secukupnya
Lada sulah secukupnya
Oregano secukupnya
Stok ayam secukupnya
1/2 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan air secukupnya)
Keju parut secukupnya
Cara Membuat:
1. Rebus air, masukkan spaghetti dan biarkan masak ‘al dente’. Bila dah masak, angkat dan toskan.
1. Rebus air, masukkan spaghetti dan biarkan masak ‘al dente’. Bila dah masak, angkat dan toskan.
2.Panaskan kuali, letak mentega dan tumiskan bawang putih serta bawang Bombay yang telah dicincang halus sehingga naik bau, wangi.
3. Kemudian, tambahkan smoke beef dan sosej.Gaul sehingga rata.
4. Lepas tu, masukkan susu sejat penuh krim IDEAL, diikuti dengan keju, lada sulah,oregano dan stok ayam.
Baca Juga: Resepi Peria Goreng Telur
5. Andaikata sudah cukup rasanya (sesuai dengan selera), masukkan bancuhan air tepung jagung.
6.Kemudian, masukkan spaghetti, diikuti capsicum dan tomato ceri. Gaul rata.
7. Lepas tu masukkan telur yang sudah dipukul dan lebihan susu sejat penuh krim IDEAL.
8. Kecilkan api, dan masak seketika sehingga kuah menjadi lebih creamy.
9. Angkat spaghetti, letak dalam pinggan dan taburlah keju parut.
10. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba Resepi Spaghetti Carbonara.
0 Ulasan