peria goreng

Resepi Peria Goreng Telur yang tak pahit. Ehhh….macam mana tu? Hahhaa… sila baca sampai habis, dan cuba tau resepi nie! Siapa suka makan peria dan pernah cuba resepi peria goreng telur? Angkat tangan! Siapa yang langsung tak suka makan peria, sila angkat tangan! Dan, siapa yang baru nak berjinak-jinak makan peria. Angkat tangan! Okay, kita ‘sep’ sikit! 

Sayur Peria 


Sebenarnya ramai yang tak suka menikmati sayur peria nie, termasuklah sis sendiri. Hahaa… Rasa pahitnya tu cukup menyeramkan anak tekak! Huhuu…huhh….

Namun, ada juga yang ketagihan dengan rasa pahitnya memandangkan khasiat peria yang tersendiri. Apa yang sis tahu, mempunyai kandungan antioksidan tinggi dan elok untuk kesihatan tubuh. Khasiat peria dipercayai mampu meredakan masalah sembelit, diabetis dan juga masalah pernafasan.

Sis tak berapa tahan dengan rasa pahitnya tu, tapi kalau digayakan dengan tepat, memang hilang rasa pahit menyengatnya tu. Biasanya sis follow petua yang emak sis buat untuk menghilangkan kepahitan peria tu.


peria goreng

Cara Nak Hilangkan Pahit Peria


Salah satu cara nak hilangkan pahit peria yang emak sis ajar dengan mencuci, meramas dan merendam peria dengan garam kasar. Rendam dalam air garam selama 30 minit, lepas tu bilaslah peria dengan air bersih.

peria goreng
Kalau tak de garam kasar, garam halus pun boleh ya

Ada banyak masakan yang boleh kita gayakan dengan sayur peria, ikut selera masing-masing. Boleh masak tumis peria, letak udang, tempe, telur dan sebagainya.

Kalau tanya sis, kebiasannya sis masak peria goreng pecah telur, menu favourite emak sis di kampung. Dan kalau emak datang ke rumah sis, confirm menu nie wajib ada. Sis pun tumpanglah makan sikit-sikit hehehe

Macam sis cakap tadilah, sebelum nak masak peria, kenalah buang rasa pahitnya tu. Korang kena ikut petua, atau cara nak hilangkan pahit peria terlebih dahulu ok.



Baca Juga: 


Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan


peria goreng


Resepi Peria Goreng Telur


Bahan yang diperlukan:

1 biji peria (bersaiz sederhana), potong nipis

2 biji telur (dipukul – sis guna garpu jer)

1 biji bawang merah (kecil)- dihiris halus

2 ulas bawang putih – dihiris halus

* (kalau nak letak cili padi, cili besar pun boleh – potong serong ke.. tumbuk pun boleh. Time nie, cili dah tak berapa hado huhuhuu)

Garam dan Maggi Cukup Rasa (secukupnya)

Sedikit kicap manis 

Baca Juga: Resepi Kari Ayam Sedap

Cara Memasak:

1. Belah dua peria, dan buang bijinya dan hiris nipis. (Cuci bersih dan gaul dengan garam kasar. Kemudian rendam sebaiknya selama 30 minit – kalau malas tak yah tunggu sampai 30 minit laaa… Lepas tu bilas sikit dan tapis )

2. Telur yang dah dipukul tadi, tambah sedikit garam (tak bubuh pun tak pe)

3. Tumis bawang merah dan bawang putih serta cili.

4. Kacau-kacau, bila dah mengharum, masukkan telur dan carik-carikkannya. (kalau nak angkat telur carik nie dulu, masukkan nanti pun boleh. ikut suka sendiri ok)

5. Kemudian masukkan peria tadi. Kacau-kacau kasi rata dengan bahan-bahan lain tadi.

6. Kalau kering sangat, tambahlah sedikit air masak. Masukkan garam ataupun Maggi Cukup Rasa, kicap manis secukupnya.

7. Kacau sampai peria tadi masak, kalau rasanya dah ok. Bolehlah tutup api.

8. Okay, dah siap!!

peria goreng
Okay, siap dah... 

Itulah Resepi Peria Goreng Telur yang tak pahit boleh korang cuba. Rasa pahit peria tu jadi tak seberapa setelah sis mempratik cara yang emak sis ajar tu. So lama kelamaan, tekak sis nie pun dah boleh menerima masakan peria.

Walaupun bukan favourite, tapi mengenangkan makan peria nie bagus untuk kesihatan, ku telah jua! Ah! Gitewww… pahit-pahit sedap. Huuu..huu..Kena pula ulam dengan cili padi tu. Lagilah 'terangkat' kaw-kaw sedapnya :))

Okaylah selamat mencuba Resepi Peria Goreng Telur yang tak pahit mengikut cara sis. Sampai ketemu lagi.