InnerShine Mato Bright

Tahniah buat anda yang suka makan tomato. Khasiat tomato terlalu banyak untuk kesihatan dan kecantikan serta elok dimakan oleh orang mengandung.


Tomato mengandungi banyak sekali nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh seperti vitamin A, vitamin C, vitamin K dan vitamin B6.

Selain itu, tomato juga mengandungi kalium, folat, thiamin, niacin, tembaga, fostor dan magnesium serta antioksida yag sangat baik untuk menangkis radikal bebas yang menyebabkan kanser dan penyakit jantung.


InnerShine Mato Bright


Berikut antara khasiat tomato yang dikatakan dapat membantu kesihatan tubuh kita. Bagi korang yang sebelum ini kurang menyukai buah tomato, kini bolehlah belajar untuk menyukainya.

Sis memang suka buah tomato ini.Selain membantu kesihatan tubuh, tomato juga bagus untuk mencantikkan kulit. Haahaha… siapa tak nak cantik, kan. So, kalau nak lebih cantik, cantik semulajadi gitew… makanlah tomato! Hahaha… hahhaa…


1. Mencegah Kanser

Kalau korang nak tahu, antioksidan yang terdapat dalam tomato berguna untuk mencegah kemunculan penyakit kanser seperti kanser ovari, kanser usus, kanser prostat dan kanser perut.

Untuk mencegahnya, kita disarankan untuk mengambil buah tomato secara rutin. Lycopene dalam tomato cukup berkesan dan efektif dalam membunuh sel-sel penyebab kanser.

2. Menjaga Kesihatan Mata

Apabila terdapat penurunan dalam penglihatan, segeralah lakukan pencegahan dengan cara menikmati buah tomato pada setiap hari.

Tomato merupakan sumber yang kaya vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. Khasiat tomato bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan mata, tetapi turut membantu dalam menyembuhkan rabun malam serta mencegah munculnya masalah katarak.

Di samping itu, kandungan vitamin C dan E dalam tomato juga sangat efekfif untuk menghilangkan lebam bawah mata.


InnerShine Mato Bright 

3. Baik Untuk Jantung

Tomato mengandungi potassium, vitamin C, kalium, kolin serta serat sangat penting untuk kesihatan jantung.

Bukan itu sahaja, khasiat tomato juga mampu mencegah penyakit strok. Jadi, makanlah tomato secara rutin, sebiji sehari.

4. Menguatkan Tulang

Vitamin K dalam tomato juga bagus untuk kesihatan tulang. Vitamin K mampu menguatkan tulang sehiggga mampu mengindarkan kita dari pereputan tulang atau osteoporosis.

5. Mengurangkan Lemak

Antara khasiat tomato mampu yang tidak boleh dinafikan adalah mampu mengurangkan kadar lemak dalam tubuh.

Jadi, kalau korang sedang melakukan diet sihat, sebaiknya minumlah jus tomato secara rutin selepas bersenam.Tomato tidak mengandungi lemak yang berlebihan.

Sebaliknya mengandungi protein, karbohidrat dan kalori yang cukup tinggi. Ketiga kandungan inilah yang berguna untuk mengurangkan kadar lemak dalam tubuh.

6. Kulit Muka Nampak Segar

Kulit muka yang kusam dapat diselamatkan dengan menggunakan masker muka dengan mencampurkan pati tomato dengan yogurt.

Tomato mempunyai efek menetralkan serta menyegarkan kulit. Manakala yogurt pula akan mencerahkan dan menutrisikan kulit.

Celupkan potongan buah tomato ke dalam mangkuk gula, dan gosokkan pada muka anda dengan lembut. Ia mampu membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan membuatkan kulit muka lebih segar.

Lakukan skrub dengan khasiat tomato dengan gula ini dua minggu sekali untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

NAK LAGI SENANG!!!

InnerShine Mato Bright
InnerShine Mato Bright kini jadi pilihan sis :))


Cubalah minum InnerShine Mato Bright. Minuman botani rangkuman prune, lobak merah dan tomato nie berkesan untuk mencerahkan kulit.

Bagus juga untuk kesihatan dalaman dan luaran.Lagipun Innershine hok nie kaya dengan antioksidan dan tomato semulajadi yang tinggi vitamin E serta tinggi serat.

Kalau rasa nak lebih cantik dengan kulit yang lebih sihat dan cerah, try la minum InnerShine Mato Bright secara konsisten okay.

Sekian sahaja perkongsian cerita sis tentang khasiat tomato. Semoga lepas nie korang rajin makan tomato ! Hehee… hehhee..

Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed