Korang pernah dengar produk kecantikan kulit wajah Deoproce? Honestly, Sis tak familiar sangat sampailah masa sis joint #GayaGuardianSquad dua tahun lepas. Barulah sis kenal dan mula jatuh hati dengan brand dari negara Korea nie.


Deoproce


Deoproce, Lap Therapy Mask


Sejak pertama kali diperkenalkan dengan Deoproce, Lap Therapy Mask serta mencubanya, sehingga ke hari ini sis masih setia menggunakannya.

Sanggup beli tahu, walaupun agak mahal sikit! Nak tahu sebab apa? Sebab topeng muka Lap Therapy daripada Deoproce ini sangat istimewa dan sangat efektif untuk merawat kulit wajah. Itu result yang sis peroleh setelah menggunakannya secara rutin.

Merawat Kulit Kering

Kulit wajah sis jenis kering, terutama bila kerap terdedah pada kepanasan cahaya matahari. Sis gunakan Deoproce Lap Therapy dua atau tiga kali seminggu. Hasilnya, kulit wajah sis jadi semakin sihat, halus, lembab, anjal dan terawat dalam masa yang singkat sahaja.

Lagi satu yang membuatkan sis tertarik dengan produk nie ialah kerana ia berasaskan bahan organik. So kulit wajah kita akan terawat dengan sempurna kerana tidak ada sebarang campuran bahan-bahan kimia di dalamnya.


Baca Juga:  
Cara Mudah Hilangkan Sel Kulit Mati



Deoproce


4 Pilihan Deoproce Lap Therapy Mask

Terdapat empat pilihan topeng muka nie. Semuanya best dan mempunyai kebaikan atau kelebihan tersendiri.Sis dah try semuanya!!

1. Deoproce Lap Therapy Snail Anti-Wrinkle Mask

Topeng muka terapi anti kedut daripada Deoproce adalah topeng serum dengan ekstrak lendir siput. Ia melambatkan proses penuaan kulit,menyamarkan kedutan, melembutkan, melembabkan serta menyegarkan kulit wajah.

Yang nie favourite sis. Maklumlah kulit muka dah kertu! Heee.. hehee.. Penggunaannya sangat membantu gitew!!

Deoproce
Best giler hok nie!!

2. Deoproce Lap Therapy Swallow’s Nest Aqua

Ekstrak sarang burung melembapkan kulit secara mendalam, membuang toksin , mengurangkan garis-garis halus serta meningkatkan keanjalan kulit.


3. Deoproce Lap Therapy Placenta Soothing

Kalau korang rasa muka tu kusam dan nampak penat, bolehlah try topeng muka variasi nie.Ia mampu memberikan kesegaran pada kulit wajah serta perlindungan.


Dapat memperbaiki serta memperbaharui kulit yang kurang sihat. Jika dipakai secara rutin, kulit wajah yang kusam/letih akan nampak lebih cerah dan sihat.

4. Deoproce Lap Therapy Horse Oil Whitening & Nutrition

Topeng muka hok varian nie berupaya menjadikan kulit wajah yang kasar atau kusam menjadi lebih cerah, sihat serta lebih anjal. Topeng muka yang nie pun sis suka!!



Deoproce

Cara Penggunaan:

Satu pek tu disertai dengan ‘ampoule’ tersendiri . Kena tepek serum tu secara merata kat muka. Biarkan sampai menyerap. Dalam dua minit gitu.Lepas tu barulah pakai korang ke step kedua iaitu pakai topeng muka tu. Bila pakai rasa sejuk… Nak lagi best letak dalam peti sejuk dalam 15 minit sebelum korang pakai. Memang lagi best giler!!

Berhati-hati masa korang pakai topeng muka nie. Keluarkan topeng dan urut perlahan intipatinya pada kulit wajah. Lebihan tu bolehlah tepek atau sapu kat mana-mana bahagian badan yang korang rasa kering.

Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Tidak perlu bilas.Bila dah siap nanti, korang akan dapat rasa sendiri manfaatnya.Kulit muka rasa bersih dan fresh!

Wajib Pakai Secara Rutin!

Apapun, bagi sis, gunalah apapun skincare jika korang tak menggunakannya secara rutin ia tidak akan memberikan manfaat serta menampakkan sebarang perubahan optimum.

So, pastikan korang gunakan topeng wajah ini secara rutin ok dengan teknik yang betul.Okeh!

Sekian dulu perkongsian sis tentang tips penjagaan muka dengan menggunakan topeng muka daripada Deoproce nih.Oh, ya kalau ada yang nak beli, g la cari kat Guardian. Tak pun Shopee dan Lazada. Gitew!