Ada masalah dengan muka berjerawat dan berminyak? Setiap wanita ingin memiliki kulit yang normal kerana kulit jenis ini tidak mempunyai banyak masalah. Berbeza dengan kulit kering, kulit sensitif, kulit berjerawat dan kulit berminyak. Ada sahaja masalahnya!

Rahsia Kecantikan Bahan Semulajadi

Sungguhpun begitu, jangan kecewa jika kita memiliki kulit muka berjerawat dan berminyak kerana ada banyak cara yang boleh dicuba untuk mengatasinya. Mungkin sudah tiba masanya kita menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terlalu banyak khasiatnya untuk kecantikan kulit muka.

muka berjerawat dan berminyak

 

Muka Berjerawat Dan Berminyak


Berikut cara semulajadi untuk mengatasi kulit muka berjerawat dan berminyak:

1.Timun 


muka berjerawat dan berminyak

Selain mengandungi vitamin C dan B2, biji timun mengandungi racun alkoid jenis hipoxanti yang mampu menghilangkan bekas luka.

Jadi selain menghilangkan jerawat, timun juga boleh menghilangkan bekas jerawat. Senang saja cara nak mengaplikasikannya.

Kita cuma perlu hiriskan timun dan tempelkan ke kawasan muka berjerawat. Untuk menghilangkan bekas jerawat pula, campurkan parutan timun dengan air kunyit secukupnya dan sapukan pada bekas atau parut jerawat.


2. Strawberi



muka berjerawat dan berminyak

Terdapat banyak produk kecantikan menggunakan ekstrak strawberi. Ini adalah kerana buah strawberi mengandungi salicylic acid yang mampu menegangkan kulit di samping vitamin B, C, E dan K yang cukup baik untuk meremajakan kulit.


Kerana khasiatnya yang pelbagai, strawberi sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Nak minum jus strawberi pun boleh, nak jadikan masker pun boleh. Cuma blend strawberi secukupnya dan sapukan pada kulit wajah. Cuci 15 minit kemudian.

3. Avokado


muka berjerawat dan berminyak

Selain sebagai minuman yang enak, avokado juga mempunyai banyak khasiat untuk kulit wajah. Campuran vitamin E dan A-nya mampu membuat kulit lebih cerah dan gebu.

Avokado juga mempunyai antioksidan yang kuat untuk menangkis radikal bebas di persekitaran. Secara tidak langsung akan membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Untuk membuat masker avokado, hancurkan buah avokado dan campurkan dengan susu selembutnya.


Baca Juga:


Rahsia Kulit Cantik Berseri




muka berjerawat dan berminyak


4. Lemon


Antara vitamin yang terkandung dalam lemon adalah vitamin A, C, B1, B2 dan B3. Vitamin ini sememang sangat sesuai buat kita yang berhadapan dengan masalah kulit berminyak dan kusam.

Sama seperti strawberi, lemon juga bagus diminum dan dibuat sebagai masker. Untuk masker, lebih bagus kalau dicampurkan dengan sedikit madu.


lobak merah


5. Lobak Merah


Lobak merah cukup bermanfaat untuk kulit berminyak dan berjerawat. Selain mengandungi vitamin A untuk mata, lobak merah juga mengandungi vitamin E dan C yang sangat berguna untuk kecantikan kulit.

Kalau kulit muka kita kering, banyakkan minum jus lobak atau jadikannya sebagai masker. Rebus dan hancurkan lobak dan campurkan dengan plain yogurt. Sapukan di wajah selama 20 minit sebelum dibasuh dengan air suam.

Itulah beberapa cara untuk mengatasi masalah kulit berjerawat dan berminyak.Selamat mencuba!



Kredit Foto: Google