Garam adalah bahan utama yang selalu digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa, namun kelebihan garam dalam badan boleh mengundang pelbagai penyakit!

garam

Garam Berlebihan Dalam Badan

Pengambilan garam yang berlebihan dalam satu masa sehingga melebihi had yang boleh diterima oleh badan boleh menyebabkan kematian.

Jumlah garam yang boleh diterima oleh badan setiap daripada kita memang berbeza-beza, sesuai dengan keturunan ataupun keadaan kesihatan dan usia kita.


garam


Makanan Yang Tinggi Kandungan Garam

Selain garam dapur, terdapat makanan lain yang mengandungi tinggi garam. Antaranya, ikan masin, telur masin, makanan segera dan makanan berpengawet.Kebetulan pula, semua tu makanan yang sis suka!! Alahai…

Jadi, disebabkan itulah sis tertarik untuk story-mory pasal garam nie. Melalui pembacaan, rupanya ada beberapa tanda yang boleh kita kenal pasti menunjukkan kita telah terlebih garam dalam badan. 

Baca Juga: 5 Khasiat Garam Untuk Rendam Kaki

Nak tahu tak? Okay, baca artikel nie sampai habis tau.

Tanda-Tanda Menunjukkan Kita Telah Terlebih Garam Dalam Badan



garam

Rasa Haus Yang Berlebihan


Biasanya kita yang mengambil garam akan lebih cepat berasa haus atau dahaga.Rasa haus yang amat sangat dan belum dapat dipuaskan walaupun kita sudah meneguk beberapa gelas air. Bahkan mulut kita juga terasa kering.

Jika perkara ini terus terjadi, sebaiknya cuba kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garamnya.


garam

Sering Sakit Kepala


Kita mungkin tidak terfikir sebungkus makanan ringan yang baru habis kita kunyah itu saling berkait dengan serangan sakit kepala yang kita alami.

Orang yang kuat masin atau suka makan makanan yang masin-masin lebih cenderung mengalami sakit kepala walaupun tekanan darahnya normal.


tekanan darah tinggi


Tekanan Darah Tinggi


Ini merupakan tanda yang paling jelas menunjukkan kita terlebih garam atau kandungan sodium dalam badan. Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam dan perhatian apa yang kita nikmati sehari-hari. 

Tekanan darah yang tinggi boleh memberikan efek negatif pada tubuh kita, sehingga mengundang penyakit jantung dan juga stroke.


Jantung laju

Jantung Terpaksa Bekerja Keras

Garam dalam badan yang terlalu tinggi boleh mempengaruhi gerak kerja darah. Efeknya, jantung akan bekerja dengan lebih teruk untuk mengalirkan darah dalam badan.


Perut Kembung


Efek lain dari terlalu banyak garam dalam badan adalah perut akan berasa tidak selesa, seakan penuh dan kembung.

Jika perut kita sering terasa kembung selepas makan, perhatikan semula setiap makanan yang kita nikmati. Mungkin juga ia mengandungi garam yang tinggi.

Sakit Buah Pinggang

Ketika banyak garam yang masuk ke dalam badan, buah pinggang kita terpaksa bekerja dengan lebih kuat. Peningkatan sodium mampu membuatkan protein lebih banyak ditemui dalam air kencing.

Itulah sebabnya kita menjadi lebih kerap membuang air kecil. Pengambilan garam berlebihan juga efeknya.

Ini adalah kerana buah pinggang terpaksa bekerja kuat untuk mengeluarkan kelebihan garam sehingga keinginan untuk kencing pun menjadi lebih kerap.


Osteoporosis

Osteoporosis

Kandungan garam yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan terjadinya osteoporosis atau kerapuhan tulang. Ini adalah kerana kandungan natrium yang tinggi boleh menganggu kalsium pada tulang.

Apabila keadaan ini berterusan dalam jangka panjang ia boleh menyebabkan tulang kekurangan dan kehilangan kalsium sehingga kepadatannya menjadi berkurangan sehingga berisiko menyebabkan patah tulang.

Kawal Pengambilan Garam Berlebihan

Itulah beberapa petanda yang menunjukkan kelebihan garam dalam badan kita Dengan mengetahuinya, semoga kita dapat mengawal pengambilan garam berlebihan. Semoga kita sama-sama sihat sentiasa ya!