dehidrasi

Berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas jika tak kena caranya kita akan cepat dehidrasi. Kenali tanda-tanda dehidrasi dan cara untuk mencegahnya.

Selain terasa lapar dan dahaga, kita mungkin boleh diserang dehidrasi ketika berpuasa jika kekurangan cecair dalam badan. Bukan setakat mulut kering jer, tetapi terdapat beberapa tanda-tanda dehidrasi lain yang perlu kita ketahui.

Berikut tanda-tanda dehidrasi yang akan kita alami jika kurang minum air kosong/masak:

dehidrasi

1. Kulit kering

Kulit kering adalah salah satu tanda-tanda awal dehidrasi. Ramai di antara kita yang mengalami kulit kering tanpa berfikir bahawa dehidrasi menjadi penyebabnya.Ciri-ciri kulit kering kerana dehidrasi boleh dikenalpasti apabila kulit mudah mengelupas, gatal dan kurang anjal.

dehidrasi

2. Lapar

Adakalanya kita tidak dapat membezakan antara lapar dan haus yang menjurus ke dehidrasi. Kebanyakan di antara kita berfikir bahawa rasa tersebut adalah kerana didorong oleh rasa lapar yang melampau. Padahal ia merupakan rasa dehidrasi.

dehidrasi

3.Kejang otot

Selain daripada kulit kelihatan kering, kejang otot juga boleh terjadi jika kita menghidap dehidrasi.
Perkara ini disebabkan kerana otot memerlukan suntikan cairan yang salah satunya diperoleh dari air agar aktif bergerak.

dehidrasi

4. Cepat penat

Sering berasa penat dan lesu.Ketika tubuh mengalami dehidrasi, tubuh akan ‘meminjam’ air dari darah sehingga menyebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke seluruh tubuh.

dehidrasi

5. Kulit mata cengkung

Ketika tubuh tidak mendapat cairan yang mencukupi, kulit mata kita juga akan menjadi lebih cengkung daripada biasa juga merupakan salah satu tanda-tanda dehidrasi.Supaya terjaga kelembapannya kita boleh menekap kedua belah mata kita dengan ucang teh terpakai, ais batu ataupun dengan hirisan timun.


dehidrasi

Cara terbaik untuk atasi dehidrasi ketika berpuasa:

* Minum air masak/kosong. Minumlah lapan gelas sehari air masak (3 gelas ketika sahur, 3 gelas ketika berbuka puasa dan 2 gelas ketika moreh)

dehidrasi

* Minum susu. Ia dapat mengatasi dehidrasi bukan sahaja pada kita, tetapi juga anak-anak kita. Ini adalah kerana susu mengandungi protein, karbohidrat, kalsium serta elektrolit yang mampu menjaga badan.

* Elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Minuman yang berkafein dan berkarbonat akan menghilangkan khasiat air di dalam badan,sehingga air masak yang sudah kita minum tidak akan memberikan efek apapun sepanjang kita berpuasa.

dehidrasi

* Makan buah yang mengandungi banyak air. Buah-buahan seperti tembikai, melon, pear dan oren akan memberikan pengambilan nutrisi untuk menjaga stamina selama berpuasa serta menyegarkan badan.


dehidrasi

* Minum air kelapa. Segelas air kelapa asli mampu membantu mengembalikan kesegaran badan serta merawat kulit kering kerana kandungan vitamin dan mineralnya yang tinggi.

Itulah beberapa tanda dehidrasi serta cara untuk mencegahnya. Jadi, pastikan kita minum air secukupnya setelah seharian berpuasa bagi mencegah dehidrasi sepanjang kita menjalani ibadah puasa.

Sekian dulu perkongisan info untuk semua. Jumpa lagi, semoga bermanfaat.


Lurve,
Sis Anie Mohamed



Kredit Foto: Google