Looking For Anything Specific?

Header Ads

The New Sudio Nio Case, Woww… Daripada Kulit Epal!

  Sudio Nio Case


Woww… memang lain daripada yang lain, casing atau sarung khusus untuk menyimpan Sudio Nio ini. Nampak unik dan ada ‘kelas’ tersendiri kerana Nio Case Apple Skin Leather dihasilkan menggunakan bahan semulajadi iaitu kulit epal.

Prosesnya bermula dengan pemprosesan kulit epal dari Lembah Bolzano yang terletak di antara bukit dan ladang anggur di Utara Itali. Kulit epal tersebut dikeringkan dan ditumbuk menjadi serbuk halus untuk dijadikan sebagai bahan asas untuk digabungkan dengan bahan lain yang tidak beracun dan organik.

Sudio Nio Case

Sudio Nio Case

Setelah melalui pelbagai proses akhirnya terhasillah kulit terbiodegradasi yang tahan lebih lama dan lembut apabila dipegang ataupun disentuh. Ternyata produk ini jauh lebih baik daripada produk kulit lain dan ini telah diperakui sendiri oleh USDA dan VeganOk.

Sudio Nio Case

Dengan adanya Nio Case Apple Skin Leather, sis tak perlu bimbang lagi Sudio Nio kesayangan sis yang berwarna putih ini tercalar atau terkena kotoran. Sis betul-betul rasa puas hati!

Andaikata korang berhajat nak beli Sudio Nio, inilah masa terbaik. Sebabnya sekarang nie dorang tengah buat promosi. Korang akan dapat diskaun 15% bagi setiap pembelian Sudio Nio. Korang hanya perlu masukkan kod diskaun: NIOCASE

Dan yang paling syok setiap pembelian Sudio Nio tu korang juga akan dapat potongan 50% untuk  Nio Case Apple Skin Leather nie. So, dapatlah jimat sikit!


Mesti Baca : Sudio Nio Review: Earphone Tanpa Wayar Yang Memang Best!

Sudio Nio Case

Korang jangan tangguh-tangguh ok, sebab promosi nie terhad. Bermula pada 25 May dan akan berakhir pada 6 Jun, 2021(sehingga stok habis). Diskaun 50% tu, memang ok sangat-sangat, kan... 

Lagi satu sis nak bagi tahu, penghantarannya adalah PERCUMA di seluruh Malaysia dan juga untuk worldwide. Di samping itu, 3 tahun waranti dari Sudio Sphere. Mana tak syok kalau macam nie.

Okaylah... korang boleh beli kat sini ya >>  https://www.sudio.com/my/

Dan alau nak tahu lebih lanjut lagi, korang terjah jugalah FB dan IG depa ya. Uiihh... memang rasa teruja nak memiliknya! 

https://www.facebook.com/sudiosweden

https://www.instagram.com/sudio_collabs_my/

Selamat bershopping! Dan sampai jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed

 

 










Post a Comment

3 Comments