Kecantikan kulit tidak perlu sentiasa melibatkan produk mahal atau rawatan kompleks. Sebenarnya ada rahsia kecantikan semulajadi yang ramai tidak tahu. Ianya telah digunakan turun-temurun: rawatan muka dengan ais batu! 


ais batu



Ais Batu Sebagai Rahsia Kecantikan Kulit

Adakah korang mencari cara yang mudah dan berkesan untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih cantik dan berseri? Jika ya, korang pasti akan teruja dengan keajaiban rawatan muka menggunakan ais batu

Kulit wajah yang sihat dan bersinar adalah impian semua orang. Terutamanya di zaman ini yang penuh
dengan pencemaran dan tekanan harian. Kulit kita memerlukan penukaran udara segar dan perlindungan. 

Rawatan muka menggunakan ais batu adalah kaedah yang telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dalam meningkatkan kualiti kulit wajah. Ia bukan sahaja memberikan kesegaran semulajadi tetapi juga membantu meningkatkan peredaran darah dan mengecilkan liang pori kulit.

 

Kulit Jadi Lebih Cantik & Sihat

Ketahui kelebihan menakjubkan rawatan muka dengan ais batu dan bagaimana kita boleh mengintegrasikannya ke dalam rutin kecantikan harian untuk kulit yang lebih cantik dan sihat. 

 

 

 


ais batu


Keajaiban Rawatan Ais Batu


Awet Muda


Masalah garis-garis halus atau bintik-bintik hitam boleh membuatkan kulit muka nampak lebih tua walaupun usia korang sebenarnya masih muda. Di samping itu, minyak yang berlebihan di muka juga akan membuatkan mekap sukar untuk bertahan lama.

Ais batu dikatakan dapat meningkatkan perjalanan darah di muka. Secara tak langsung, penggunaannya akan membantu kulit muka menjadi lebih berseri, sihat semulajadi sehingga mampu mencegah penuaan semulajadi kulit muka serta mengurangkan kedutan.

Di samping itu, penggunaanya juga dapat membantu untuk menjaga sel-sel lemak di bawah lapisan kulit bekerja dengan baik. Bahkan pengeluaran minyak di muka pun jadi lebih terkawal tanpa perlu menghilangkan kelembapan semuladi kulit.

masalah muka berjerawat

Masalah Muka Berjerawat


Elakkan memicit jerawat yang sedang bengkak atau berisi.Begitu juga dengan jerawat yang baru muncul di muka. Untuk menaturalkan rasa sakit dan gatal, cuba sapukan ais tepat pada tempat berjerawat itu. Ais juga berfungsi untuk meredakan kemerahan jerawat, sekaligus mengecutkannya.

ais batu

Mencerahkan Warna Kulit


Walaupun korang dah pakai sunscreen, tapi bila dah kerap sangat keluar dan terdedah kepada sinaran cahaya matahari tetap membuatkan muka kelihatan kusam dan tidak berseri-seri.

Penggunaan ice cube ke wajah dapat melancarkan perjalanan darah di kulit dapat membuatkan kulit menjadi lebih cerah kerana proses regenerasi kulit berjalan dengan elok.


Menegangkan Kulit Muka


Pertambahan usia juga akan membuatkan keanjalan kulit wajah kita menjadi berkurangan. Memadai mengolek-golek ais batu kat muka pada sebelah pagi dan malam hari. Kalau dibuat secara rutin, ia berupaya membantu menegangkan kulit muka dan mencegah kulit kendur.



rawat kulit wajah


Menyamarkan Mata Panda


Tips menggunakan ais batu untuk menyamarkan mata panda nih sis suka buat.

Kalau rasa mata penat, kurang tidur atau kerap berjaga lewat malam, korang leh try tips tersebut. Sejak mengamalkannya, nampaklah kurang sikit kesan hitam bawah mata mata sis ni.

Biasanya sis akan letaknya dengan gerakan memutar di sekitar kawasan mata supaya lingkaran hitam tersebut dapat disamarkan. Efek sembab di bahagian bawah mata juga dapat dikurangkan.

Baca Juga: 6 Makanan Sedap Buat Kulit Cantik

Cara Merawat Muka Dengan Ais Batu


1. Ice cube lebih berkesan digunakan secara terus tanpa dibalut. Gunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .

2.Jangan gunakan ice cube yang baru dikeluarkan daripada tempat beku. Biarkan sekejap kat luar (hingga nampak kesan ais mencair) sebelum mula menggunakannya. Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit.

3. Jangan letakkan ice cube terlalu lama. Elakkan meletakkan ice cube di satu - satu tempat melebihi 15 minit.

Baca Juga: Cara Mudah Hilangkan Sel Kulit Mati



rawat kulit wajah


4. Korang boleh gunakan aromaterapi ais dengan mengisi kiub ais dengan air atau jus mawar, lemon, teh hijau, teh chamomile, daun pudina, timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit muka korang.

Dalam dunia yang serba sibuk ini, ambil masa sejenak untuk merawat wajah kita, Rawatan muka menggunakan ais batu bukan hanya tentang menjaga kecantikan luaran sahaja.Bahkan ia memberi peluang kepada diri kita untuk bersantai, menghilangkan tekanan, dan menghargai diri sendiri.