Kalau korang pengguna tegar Vaseline (macam sis hi..hii...) dah tentulah tahu kebaikan atau manfaat Vaseline cukup banyak. Kegunaan Vaseline sangat efektif untuk mengatasi masalah kulit kering. Vaseline mengandungi petroleum jelly, minyak mineral dan lilin. Fungsinya bukan sahaja menjaga kelembapan kulit sehingga mempercepatkan proses pemulihan semulajadi kulit.


vaseline


Vaseline Petroleum Jelly

Bagaimanapun, kesannya bersifat sementara sama seperti produk penjagaan yang lain. Oleh itu, korang perlulah memakainya berulang-ulang antara 4-5 kali sehari untuk mendapat kesan yang maksimum. Waktu yang paling penting ialah sebelum tidur kerana waktu itulah sel-sel baru akan tumbuh.

Misalnya jika korang menyapu vaseline pada bibir, kesannya akan hilang selepas korang makan atau membasuh muka. Jadi, biasakan diri untuk mengoles vaseline pada bibir korang selepas korang basuh muka atau selepas makan.

vaseline



Kebaikan Vaseline

Berikut beberapa kegunaan Vaseline:

1. Melembabkan Kulit Kering Yang Parah


Vaseline mampu melembabkan kulit kering yang parah. Jika kita mengalami masalah kulit yang terlalu kering ataupun nampak seperti bersisik, sebaiknya selepas mandi, sapukan secukupnya secara merata pada bahagian kulit yang selalu nampak kering itu.

Vaseline mampu melembabkan kulit dengan membentuk lapisan minyak yang menghalang terjadinya proses pengewapan air pada permukaan kulit sebagai faktor utama penyebab kulit kering.


2. Menghaluskan dan Menghilangkan Kedutan Di Muka


Pengunaan Vaseline dapat melembabkan kulit muka serta dapat menghindari jerawat tumbuh. Ia tidak akan menyumbuatkan liang pori-pori muka, bahkan membuatkan kulit muka menjadi lebih halus dan bersinar.

Kegunaannya untuk melembabkan kulit,secara tak langsung ia dapat mencegah kedutan ataupun garis-garis halus di muka.

Vaseline juga mempunyai sifat anti penuaan dan mampu melembutkan kulit kering yang berkedut. Sebaiknya gunakannya sebagai pelembab kulit terutama pada malam hari sebelum tidur.

Baca Juga:

Rawat Muka Dengan Ais Batu

Mekap Simple Paling Mudah


vaseline


3. Menguatkan Akar Rambut


Pengunaan Vaseline secara teratur mampu menguatkan akar rambut serta melembabkan kulit kepala. Sapukan sedikit Vaseline pada kulit kepala dan akar rambut dengan cara mengurut perlahan-ahan. Sebaiknya pakai Vaseline waktu rambut dalam keadaan kering (tidak basah atau lembab).

Rambut kita akan lebih sihat dan bersinar. Kebaikan Vaseline petroleum jelly ini juga sangat sesuai untuk kita yang menghadapi masalah kelemumur termasuk gatal kulit kepala serta rambut bercabang. Untuk rambut bercabang atau pecah-pecah, ambil Vaseline dan sapukan hanya di hujung rambut tersebut.

4. Keharuman Bau Minyak Wangi Tahan Lama


Kita boleh menggunakan Vaseline untuk menjaga keharuman minyak wangi kita sampai berjam-jam. Caranya cukup mudah, kita hanya perlu menyapu Vaseline secukupnya pada tempat yang akan kita sembur dengan minyak wangi tersebut.

Misalnya di tengkuk, belakang siku, belakang pergelangan tangan ataupun di belakang telinga.Hasilnya cukup mengagumkan, keharuman bau minyak wangi kita itu akan kekal lebih lebih lama.

5. Merawat Bibir Yang Pecah-Pecah

Jika kita mengalami masalah bibir pecah, menggelupas ataupun bibir hitam, sapukan Vaseline secara merata pada kawasan bibir yang bermasalah.

Selain itu, Vaseline boleh juga digunakan sebagai skrub bibir. Kita hanya perlu mencampurkan sedikit Vaseline dengan garam pink, gaul sebati kemudian sapukan pada bibir secara perlahan-lahan, sehingga kulit matinya mengelupas.

Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, lakukannya secara rutin tiga kali seminggu. Insya-Allah bibir kita akan kembali lembab dan anjal.

6. Melembutkan Tapak Kaki

Sapukan Vaseline di telapak kaki sebelum tidur. Setelah itu pakai stoking, dan telapak kaki kita akan menjadi lebih lembab dan lembut pada keesokan harinya.

7. Bulu Mata Lebih Panjang

Ingin memiliki bulu mata yang lebih lentik? Jangan tunggu lagi, manfaatkan kebaikan Vaseline ini untuk melentikkan bulu mata kita.Caranya pun sangat mudah, sapukan sedikit Vaseline petroleum jelly ini pada bulu mata secara horizontal. Bermula dari akar bulu mata sampailah ke hujungnya.

Buatlah teknik ini sebelum tidur dan biarkan semalaman. Hasilnya perlahan, jadi kita perlu bersabar dan merawatnya pada setiap hari secara rutin.

Rugi jika kita tidak mengambil kesempatan terhadap kelebihan vaseline ini kerana harganya sangat murah dan kita tidak perlu membeli produk mahal untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Modal korang hanyalah RAJIN mengamalkannya.

TIPS: Bawalah Vaseline bila mahu mengerjakan umrah/haji atau melancong ke negara kering dan sejuk. Sentiasa sapu pada muka, tangan dan kaki untuk mengelakkan kerengsaan kulit akibat perubahan cuaca.

Sekian dulu perkongsian sis tentang kegunaan Vaseline yang sebaiknya kita manfaatkan dengan sebaik mungkin.