Korang pernah diserang gastrik? Lately nie, sis kerap pula kena gastrik. Lagi-lagi kalau kurang menjaga waktu makan! Apa yang sis perasan, perut yang dibiarkan kosong akan menjadi salah satu punca gastrik.Kejap jer 'angin' tu menyerang!


punca gastrik

Apa yang sis tahu juga, penyakit gastrik ini terjadi apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk menghadamkan makanan. Ketika perut kita terasa lapar atau badan memerlukan makanan, perut akan mengeluarkan asid gastrik. 

Jika perut kita kosong atau tidak terdapat makanan, maka asid tersebut akan mengikis dinding permukaan dalam perut. Lama kelamaan dinding perut menjadi semakin nipis dan terjadilah penyakit ini.

Apa Yang Menjadi Punca Gastrik

Berikut beberapa perkara yang boleh mengundang atau menjadi punca gastrik:

punca gastrik

1. Makanan Pedas


Biasanya jika kita ‘hantu’ cili, kita lebih cenderung mendapat sakit gastrik asid.Ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Inilah yang menyebabkan kenapa kita menjadi lebih berselera dan makan banyak apabila terdapat lauk yang pedas. Sedap punya pasal, kadangkala sampai lupa yang sis sekarang nie dah tak boleh makan makanan yang terlalu pedas. 

punca gastrik

2. Makan Tak Tentu Masa


Selama ini kita jarang bersarapan, dan makan pada waktu tengahari sahaja. Tak pun kita hanya akan makan ketika perut kita betul-betul lapar sahaja.Cara makan yang tidak teratur juga boleh mengundang sakit gastrik. 

Jadi, jomlah kita cuba atur gaya makanan kita dengan sebaik mungkin.Pastikan juga segala apa yang kita makan itu memenuhi nutrisi keperluan tubuh kita.Sis nie kalau dah sibuk buat kerja, kadang-kadang memang langsung tak ingat makan. Mana tak gastrik! Huhuu..huuhh..

punca gastrik

3. Pengambilan Minuman Berkafein Berlebihan 

Kopi mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang boleh menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Walaupun minuman ini mampu menenangkan, tetapi jika diambil secara berlebihan terutama tanpa makan nasi, lama-kelamaan boleh mengundang sakit gastrik.

Dulu-dulu sis suka sangat minuman berkafien,tapi sejak-sejak ada gastrik nie sedaya upaya sis cuba elakkannya. 

punca gastrik

4. Makanan Yang Mengandungi Gas


Selain minuman bersoda, makanan yang mengandungi gas seperti buah langsat, ubi kayu, jering dan petai juga boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik.Makanan ini akan membuatkan perut kembung sehingga menyebabkan jus gastrik meningkat naik. Tapi bab petai, jering tu memang tak mampu nak tolak! Hahahaha... favourite tu! Huhu....


punca gastrik

5. Memakai Pakaian Yang Terlalu Ketat

Memakai pakaian yang terlalu ketat juga boleh menjadi punca gastrik. Memakai pakaian ketat terutama di bahagian perut boleh menyebabkan makanan terdorong naik dan berisiko terkena sakit gastik ini.So korang yang suka pakai seluar ketat, bengkung atau girdle/corset, hati--hatilah ye. Jangan sampai mengundang punca gastrik.

Itulah beberapa perkara yang boleh menjadi punca gastrik yang perlu kita ketahui. Untuk menghindari atau mencegahnya, kita boleh menghindari penyebabnya seperti di atas.Mungkin pada peringkat awal penyakit ini tidak begitu berbahaya, tetapi jika tidak dicegah boleh menjadi lebih parah.

BACA JUGA: Cara Mengatasi Sembelit

Sekiranya kita sering mengalami rasa sakit/pedih di pangkal ulu hati, kerap terasa mual, perut kembung, muntah-muntah, ini bermakna kita sebenarnya mengalami tanda-tanda gastrik.Sebaiknya, jangan pandang ringan terhadap penyakit ini kerana ia boleh mengundang maut!

Sekian perkongsian sis tentang punca gastrik.