Rajin Joging. Ketahui 5 Kebaikannya Yang Akan Buat Korang Makin Bersemangat!

joging

Segala macam penyakit boleh kita atasi dengan joging ataupun berlari. Banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh jika korang rajin melakukan senaman kardio yang satu ini.


Selain dapat melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kesihatan dan kesegaran badan, joging juga dapat merespons pengeluaran hormon dan enzim yang merangsang jantung dan otot untuk bekerja dengan lebih baik lagi.


Berikut Beberapa Manfaat Joging Untuk Tubuh Yang Sihat

1. Bakar lebih banyak kalori
Joging atau berlari terutama di tepi pantai ternyata akan membakar kalori dalam badan, 28 peratus lebih banyak.

Permukaan tanah berpasir yang dipijak untuk berlari akan membuatkan kita mengeluarkan lebih banyak tenaga. Jika dilakukan secara rutin, bermakna dalam waktu yang singkat kita akan dapat menurunkan berat badan.

Lagipun berlari merupakan senaman kardio yang berfungsi meningkatkan metabolisme sehingga membakar kalori dan lemak dengan lebih cepat.

joging

2. Baik untuk kesihatan jantung

Joging ataupun berlari secara rutin, tak kira di tepi pantai ataupun tidak, lebih dari 50 minit dalam seminggu mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dalam tempoh jangka panjang.

Ketika berlari, perjalanan darah kita akan menjadi lebih lancar. Ia bermanfaat untuk mencegah terjadinya berisiko seperti kanser, jantung, strok, diabetis dan hipertensi 

joging

3. Mencegah osteoporosis

Berlari juga dapat merangsang pembentukan sel-sel tulang baru. Tulang kita akan jadi lebih kuat dan dapat menurunkan risiko terkena osteoporosis di masa akan datang.



4. Meredakan stress

Beban hidup dan kerja yang semakin berat boleh mengundang stress pada kita semua. Aktiviti berlari  atau joging seperti di tepi pantai ini dapat membantu mengeluarkan tenaga yang berlebihan di dalam badan dan hormon stress itu sendiri.

Ketika berlari, tubuh akan mengeluarkan hormon endorphin, yang mana hormone inilah yang melahirkan perasaan gembira sehingga membantu meredakan stress.

joging

5. Awet muda

Kebiasaan berlari atau berjoging akan membuatkan kita berpeluh. Perkara ini akan merangsang segala toksin atau racun dalam badan keluar melalui pori-pori. 

Di samping itu pengaliran darah kita juga akan berjalan dengan lancar. Kesannya ia akan menunda proses penuaan dan kulit kita akan jadi lebih sihat dan nampak lebh awet muda. Ahh... gitewww!

Itulah beberapa manfaat joging atau  berlari yang dikatakan sangat bagus untuk kesihatan tubuh kita. Cubalah manfaatkan dengan sebaik mungkin dan jangan lupa kongsi kebaikan ini kepada sesiapa sahaja.

Mudah-mudah selepas ini kita sama-sama jadi lebih bersemangat untuk joging demi mendapatkan tubuh yang kekal sihat!

Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Kredit foto: Google





Post a Comment

1 Comments

  1. Thanks share kak. Lemau rasa kalau nak mula berjogging ni. Huhu..Semoga ada semangatlah sikit sikit nak keluarkan peluh ni.

    ReplyDelete