Resepi Roti

Rasa boring nak makan nasi?Apa kata korang tukar pula makan roti?Roti boleh dijadikan pilihan sebagai pengganti nasi.

Kalau tak suka makan roti tawar, korang boleh buat roti manis ataupun roti pelbagai inti.
Roti diperbuat daripada tepung gandum dengan yis sehingga menghasilkan tekstur gebu dan mengembang sempurna.

Teringin nak buat roti sendiri di rumah, jom cuba Resepi Roti nie. Gerenti sedap dan sihat!



Bahan-bahan:

Air sejuk (air kosong daripada peti ais) + 1 biji telur jadikan 265gm

400 gm tepung high protein

100 gm tepung gandum

30 gm susu tepung

1 sdu teh garam

50 gm gula

11 gm instant yis saf

80 gm marjerin

1 sudu teh shortening atau pelembut/pengebu roti #rpd

Resepi Roti

Cara-Cara Membuatnya:


1. Dalam mangkuk, campurkan ke semua bahan sehingga sebati dan elastik. Kalau ada ‘mixer’ lagi bagus.Kalau tak ada, ulilah dengan tangan sampai sebati dan elastik ya. Ala-ala adunan roti yang kita tarik tak terputus. Haaa...gitewww

2. Setelah ke semua bahan nampak cantik dan sebati, rehatkan seketika selama 5 minit.

3. Kemudian, terus bentukkan adunan roti mengikut kreativiti masing-masing.

4. Boleh juga bulat-bulatkan doh pelbagai saiz untuk dapatkan bentuk ‘bubble-bubble’ comel seperti dalam gambar tu.

5. Setelah itu, biarkan doh naik sekali ganda.

6. Bakar 170° selama 15minit (ikut kesesuaian oven)

7. Tadaaaa.... siap pun!! 


Resepi Roti

Itu cara membuat roti yang boleh korang praktikkan.Daripada resepi roti inilah (plain roti) inilah korang boleh buat macam-macam jenis roti. Roti sosej, roti sarang lebah, cute bun & chicken flloss dan sebagainya. Sis pun dah tak sabar untuk mencubanya. 

Okay korang, selamat mencuba Resepi Roti yang dihasilkan oleh Tini Ahmad (@its.tinibakes).Rasanya tersangatlah enak. Sesuai dibuat sarapan pagi, minum petang ataupun kudapan-kudapan time perut berbunyi. Heee... hheee... 

Sampai jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed.