Lobak Putih. Rasanya tidak ramai yang suka menikmati sayur lobak putih. Sis pun tak suka sangat, tapi sejak mengetahui banyak kebaikan atau manfaatnya terus rajin nak makan!

Lobak Putih


Merujuk banyak sumber yang diperoleh, sayur yang satu ini mengandungi banyak nutrsi seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E.


Selain itu, turut dilengkapi dengan beberapa mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor. Di samping mengandungi asid oksalat, serat kasar dan asid folik.

Jika di negara Korea, sayur ini sering dijadikan makanan yang dipanggil ‘kimchi’. Manakala di Jepun pula, kebaikan lobak putih sering dimanfaatkan sebagi salad dan dijadikan ‘sashimi’, sup ataupun ditumis.


Bagi yang belum pernah menikmati sayur lobak putih, cubalah. Sedap jika dibuat sup sebagai pelengkap makanan. Selain rasaya yang enak dan lazat, manfaatnya cukup luar biasa.

Lobak Putih


Lobak Putih 1001 Kebaikan


Berikut beberapa kebaikan lobak putih untuk kesihatan dan kecantikan:

1. Mencegah Kanser

Ekstrak akar lobak ini mengandungi ‘isothiocyanates’ yang dikatakan mampu membantu melawan sel kanser. Selain itu, vitamin C yang terdapat pada lobak putih ini juga mudah larut dan diserap oleh tubuh sehingga mempunyai banyak kebaikannya untuk kesihatan.

Antaranya sebagai antioksidan semulajadi yang mampu melawan radikal bebas di dalam tubuh dan menjaga daya ketahanan badan dari dalam.

Lobak Putih

2. Menghancurkan Batu Karang 

Sayur ini memiliki sifat diuretic dengan kandungan potassium yang tinggi. Pengidap penyakit batu karang, elok minum setengah gelas jus lobak putih pada setiap pagi hari sebelum bersarapan. 

Pengambilan sebelum makan berupaya melarutkan batu karang serta mendorong pelepasan batu karang dalam air kencing.

Selain bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit batu karang, ia juga akan mencegah batu karang daripada datang kembali.


www.aniemohamed.blogspot.com

3. Mengatasi Demam dan Panas Badan

Jus lobak putih yang dicampur dengan sedikit garam dikatakan cukup efektif untuk meredakan peradangan yang menyebabkan demam dan panas badan. Elok sangat dibuat jus dan juga sup.

Baca  Juga: Minum Jus Carrot Boleh Atasi Masalah Mata 

4. Menyembuhkan Buasir

Lobak putih mengandungi zat yang sifatnya tidak mudah dihadamkan oleh tubuh kita. 

Jadi, ia akan membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengubati masalah sembelit yang kita alami. Penyebab utama penyakit buasir adalah kerana sembelit.




5. Menurunkan Berat Badan

Salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah menikmatinya. Baik di makan secara mentah, direbus ataupun dibuat jus. 

Selain itu, ia juga mengandungi kalori yang rendah sehingga tidak menaikkan berat badan jika dimanfaatkan sebagai kudapan. 

Biarpun kandungan karbohidratnya yang sangat rendah, namun mengandungi banyak air, sehingga dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

6. Menyihatkan Kulit

Kandungan air yang banyak dalam lobak putih ternayata dapat menjaga kelembapan kulit kita. Masalah kulit seperti kulit kering, bersisik dan mengelupas dapat dicegah dengan meminum jus lobak putih ini secara rutin.

Vitamin C yang terdapat padanya juga membantu meningkatkan kolagen yang mana berperananan untuk menjaga keanjalan kulit. 


7. Pemutih Muka

Samarkan segala bintik-bintik hitam dengan menggunakan masker lobak putih. Unuk mendapatkan hasil yang sempurna, korang boleh campurkan  jus lobak putih ini degngan madu dan  minyak zaitun.

Caranya cukup mudah, ambil dua batang lobak putih bersihkan. Kemudian parut atau dikisar. 

Sapukan pada seluruh muka dan leher rata-rata. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian biliaslah dengan air bersih.


Lobak Putih

Itulah antara kebaikan atau manfaat lobak putih. Namun, sama macam dengan semua makanan lain juga, adalah penting untuk korang menikmatinya dengan bijak dan seimbang.


Apatah lagi jika berhadapan dengan masalah kesihatan tertentu atau alergi makanan, korang disarankan untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengubah atau menambahkannya dalam rutin pemakanan korang.





Kredit Foto: Google