www.aniemohamed.blogspot.com

Hujung-hujung minggu nie, korang rajin tak nak buat biskut? Kalau rajin macam-macam Resepi Biskut yang boleh korang cuba.Antaranya Resepi Biskut Limau Mandarin nie.


www.aniemohamed.blogspot.com

Comel sangat Biskut Limau Mandarin, olahan Tini Ahmad (@its.tinibakes).Sis tengok pun rasa teruja nak cuba resepi biskut ini. Pasti seronok kalau dapat buat bersama Dea Marissa.

Korang yang ada anak, bolehlah buat aktiviti berfaedah macam buat biskut nie bersamanya. Secara tak langsung kita dapat asah bakat dan kemahiran mereka serta menggunakan masa lapang dengan aktiviti bermanfaat.

Dengan cara sederhana ini, anak-anak pun akan rasa gembira dan seronok. Sedikit sebanyak ia boleh mempengaruhi perkembangan anak-anak.Jadi lebih kreatif giteww... 

Nak buat tak? Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi biskut super unik ini. Nampak macam real jer limau mandarin kan…

Bahan-bahan yang diperlukan:

150gm mentega

90gm gula icing

200gm tepung medium high protein/tepung gandum

1biji kuning telur

50gm tepung kastard

50gm tepung jagung

30ml perahan limau pokkan atau orange paste.

· Boleh guna pati sunquick dan letak sedikit parutan kulit limau.

· Cengkih dibuang bunga nya atau coklat rice ( secukupnya)


Cara Membuatnya:

1. Gula, mentega dan kuning telur dipukul sampai sebati.

2. Bila dah sebati, masukkan semua bahan kecuali bunga cengkih/coklat rice.

www.aniemohamed.blogspot.com
Senduk nasi plastik bercorak ini pun boleh dijadikan acuan untuk kulit limau


3. Bulatkan doh dan golekkan di dalam penapis plastik atau sudip yang ada corak bubble bagi mendapatkan tekstur seperti kulit limau.


www.aniemohamed.blogspot.com
Kalau tak nak guna bunga cengkih, guna coklat rice pun boleh ya

4. Cucukkan dengan bunga cengkih/coklat rice bagi membentuk seakan tampuk limau mandarin.

5. Lepas tu, sapu atau eggwash.
*eggwash - 1 kuning telur + 2 sudu susu segar.

www.aniemohamed.blogspot.com


6. Kemudian bakar pada suhu 160 selama 15minit (atau ikut kesesuaian suhu oven masing-masing).

7. Okay, Taaadaa…. 

www.aniemohamed.blogspot.com
Nampak comel dan unik kan...

Selamat mencuba resepi biskut yang super unik dan comel ini.

Sekian dulu. Jumpa lagi.


Lurve,
Sis Anie Mohamed