Air Kelapa Banyak Khasiatnya. Elok Kita Amalkan!


www.aniemohamed.blogspot.com


Time cuaca panas, air kelapa sering menjadi salah satu pilihan minuman yang disukai ramai termasuklah sis. Khasiatnya memang banyak. Ia mengandungi vitamin dan mineral penting yang bagus untuk kesihatan badan.

Mengandungi kalori, karbohidrat, serat, vitamin C, kalium, natrium dan juga magnesium. Yang bestnya lagi, air kelapa merupakan minuman bebas kolesterol dan boleh kita minum pada bila-bila masa jer.



www.aniemohamed.blogspot.com

Bercerita tentang hal nie, teringat pula zaman sis mengandung dulu. Emak sis sarankan untuk meminumnya segelas sehari. Di awal kehamilan atau sebelum cecah usia kandungan mencecah 4 bulan, sis memang tak minum. Sebab, mak sis memang dah pesan, jangan minum.So, follow jur. Hahhaa… gitewww…

Air kelapa dipercayai juga mempunyai banyak khasiat untuk ibu-ibu mengandung. Tapi bukanlah dinikmati secara berlebihan. Nanti jadi mudarat pulak untuk kita dan baby dalam kandungan.

www.aniemohamed.blogspot.com

Sis suka air daripada kelapa muda, sebab rasanya lebih fresh. Tak perlu nak tambah-tambah gula lagi. Baru betul, khasiatnya lebih superb. Tapi, sis letak ais batu sebab nakkannya rasa yang lebih segar. Hee hehe… hehehe…

Berikut beberapa khasiat air kelapa muda untuk ibu mengandung yang sis kutip sumbernya dari internet. Jadi tak hiaranlah orang dulu-dulu termasuk emak sis berpesan agar tidak culas untuk meminumnya.

www.aniemohamed.blogspot.com

Antara kelebihannya:

· Membantu meningkatkan daya ketahahan tubuh ibu mengandung dan juga janin kerana kandungan vitamin dan antioksidannya.

· Mempunyai sifat diuretic semulajadi, yang berupaya menyeimbangkan kadar asid urik dalam badan, mengeluarkan racun serta membersihkan saluran kencing.

· Kandungan kalium dan fosfor dalam airnya turt meningkatkan energi sehingga mengatasi kelesuan sepanjang kehamilan.

· Serat yang tinggi dapat meringankan masalah sembelit yang sering ibu-ibu mengandung hadapi. Perubahan hormone sepanjang kehamilan akan menyebabkan sembelit, perut memulas dan sistem penghadaman turut terganggu. 

· Kandungan elektorlit semulajadinya juga dapat menenangkan tubuh serta memberikan energi.

Air kelapa terutamanya kelapa muda,  sis suka minum selepas work out atau beriadah. Jangan tak tahu, ia merupakan minuman isitonik semulajadi. Mampu memberikan efek segar dan boleh menghidrasi badan setelah berpenat-penat. Sedap uihhh… rasanya yang segar tu dapat menghilangkan rasa haus di tekak!

Begitulah cerita sis kali ini. Ok, sekian dulu. Tata.


Lurve,

Sis Anie Mohamed

Kredit Foto: Google

Post a Comment

0 Comments