www.aniemohamed.blogspot.com

Korang suka minum air barli tak? Kalau suka, memang elok sangat sebab ia mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Barli adalah salah satu jenis biji-bijan yang berasal dari suku sakat keluarga gandum.Apa yang sis tahu, barli nie kaya dengan kandungan serat, protein dan juga mineral. 

Teringat zaman kecik-kecik dulu, mak sis memang selalu buat air rebusan barli. Barli juga seakan pengganti nasi.Barli juga kaya dengan karbohidrat. Kandungan serat juga bagus untuk melancarkan penghadaman. Kalau rasa perut tak sedap, buang air besar pun macam tak lawas, korang try la minum air barli.

www.aniemohamed.blogspot.com

Berikut Antara Khasiat Barli Yang Sebaiknya Kita Ketahui:

www.aniemohamed.blogspot.com

1. Mencegah Risiko Kanser

Sis pernah terbaca satu kaji selidik Antiodants & Redox Signaling yang menyatakan barli mengandungi selenium yang boleh membantu mencegah peradangan dalam badan.

Selenium dikatan bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul radikal bebas yang boleh meningkatkan risiko kanser termasuk kanser usus.

www.aniemohamed.blogspot.com

2. Menjaga Struktur Tulang

Kalau baca kaji selidik yang dibuat oleh The Open Othropaedics Journal pula, barli dikatakan bagus untuk pertumbuhan dan fungsi tulang.

Kandungan fosfor, kalsium, tembaga, magnesium dan zat besi dalam barli menyumbang kepada peningkatan struktur dan kekuatan tulang manusia.


www.aniemohamed.blogspot.com

3. Jantung Lebih Sihat

Barli yang tinggi dengan vitamin, serat dan mineral juga dikatakan mampu membantu mengurangkan kolesterol serta lemak jahat yang ada dalam darah. 

Baca Juga: Semak 7 Tanda Kita Terlebih Garam Dalam Badan


www.aniemohamed.blogspot.com

4.Baik Untuk Sistem Penghadaman

Serat yang terkandung pada barli turut membantu melancarkan pembuangan air besar sehingga mencegah terjadinya sembelit.

Di samping itu, kandungan serat itu juga memiliki sifat prebiotic yang menyokong proses pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.

Pengambilan barli secara rutin dan teratur dikatakan dapat meredakan peradangan dan meringankan gangguan saluran pencernaan. 


5. Membantu Menurunkan Berat Badan

Dalam juga barli mengandungi beta-glucan yang boleh membuatkan rasa kenyang lebih lama.Rasa kenyang yang lebih lama boleh membantu seseorang terhindar untuk mengunyah sesuatu makanan yang mungkin tinggi kalorinya.


www.aniemohamed.blogspot.com

Walaupun air barli nie nampak biasa-biasa jer tapi kandungan khasiatnya sangat luar biasa.
Sis suka minum air rebusan barli kosong sahaja. Letak daun pandan. Cuma kadang-kadang tu kalau inginkan kelainan sis campur jugaklah dengan kulit kayu manis, lemon ataupun madu. Ikut selera memasing.

Sekian sahajalah perkongsian sis tentang khasiat air barli. Semoga bermanfaat.

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Kredit Foto: Google