www.aniemohamed.blogspot.com

Bunga Air Mata Pengantin. Ramai tak yang minat tanam bunga nie? Kalau minat, yeaayy kita sama!



www.aniemohamed.blogspot.com

Sis obsess dengan Bunga Air Mata Pengantin atau Antiogon Leptopus yang dikatakan berasal dari Mexico ini.Sis mula jatuh hati dengan bunga nie setelah melihat pesona keindahannya. Nampak cantik sangat bila menjalar/memanjat dan merimbun pada pagar. 

www.aniemohamed.blogspot.com


Bunga nie ada tiga warna.Warna putih, pink terang dan pink keputihan memang  tampak meriah dan berseri bila dipandang mata. 

www.aniemohamed.blogspot.com
Warna pink terang nie cukup menawan hati.

Kat kampung, Bunga Air Mata Pengantin inilah yang menghiasi pagar kebun milik abang De sis. Kebetulan dia juga turut menternak kelulut secara kecil-kecilan. So, memang bertepatanlah dia menanam bunga ini. 

www.aniemohamed.blogspot.com
Bukan setakat kelulut jer yang suka Bunga Air Mata Pengantin, rama-rama pun suka jugak

Sebabnya kelulut memang suka dengan bunga tersebut. Katanya, bunga tersebut boleh menjadi punca penghasilan madu kelulut yang berkhasiat. Jadi, tak hairan jugalah bunga ini turut disukai oleh banyak serangga, macam kumbang, rama-rama, lebah dan juga semut. 

www.aniemohamed.blogspot.com
Bunga Air Mata Pengantin nie sama-sama ligat menjalar bersama Bunga Telang

Sis perasan bukan apa, bila sis tanam pokok bunga nie kat rumah, haissh… banyak pula serangga yang datang hinggap.Mujurlah sekarang nie pokok bunga yang sis tanam nie dah menjalar, memanjat ke atas bumbung rumah. Elok jer melanding kat antena/piring ASTRO.

Senang Nak Tanam!
Pokok Bunga Air Mata Pengantin nie mudah jer nak tanam. Hidup pun senang, penjagaannya pun tak serumit mana. Janji dapat cahaya matahari dan pastikan juga airnya mencukupi supaya tak kekeringan. Kawasan rumah sis nie terik, lagipun menghala matahari terbenam. Kalau cuaca panas sangat, boleh jadi layu daun pokok-pokok bunga sis nie.

Kalau terlupa nak siram dan sebagainya, sedar-sedar jer pokok bunga semua layu. Sis memang sedih hati. Penat-penat jaga, dah cantik hijau merimbun, sudahnya layu kekeringan. Memang tragis, rasa pedih jer hati. Hahaha... nak tunggu cantik balik, daun subur menghijau kembali memang akan ambik masa. Sabar jur laa....



www.aniemohamed.blogspot.com
Biji benih yang sudah matang

Biasanya sis  guna tanah gembur dan dua minggu sekali sis akan letak baja bunga/baja daun. Boleh tanam guna keratan batang (yang berakar), tak pun semai guna biji benih. Bagi sis, dua-duanya pun mudah, sebab pokok bunga nie senang nak hidup.

Sis suka sangat bunga nie sebab pengeluaran bunganya tak menentu, dalam sebulan tu berkali-kali. Gabungan tiga warna tu memang menawan. Cuma bunga yang warna pink terang tu tak banyak. Kalau tak, perghh lagilah lawa kan.

www.aniemohamed.blogspot.com
Cantik merimbun, bunga nie menghiasi pagar kebun 

Kalau dah merimbun sangat, kena pangkas-pangkas juga. Kalau tak boleh jadi nampak semak. Tapi, sis suka nampak rumah macam rumah hutan! Hahhaa…Kalau bunga dah keluar tu, kenalah rajin sembur air kat bunga-bunga tu supaya nampak lebih segar.


Boleh beli online benih Bunga Air Mata Pengantin kat sini:




Okay, itulah sedikit sebanyak perkongsian cerita sis tentang salah satu, tanaman kesukaan sis iaitu pokok Bunga Air Mata Pengantin.

www.aniemohamed.blogspot.com
Tempat fav untuk bergambor!!

Sekian dulu. Tata!

Lurve,

Sis Anie Mohamed.