www.aniemohamed.blogspot.com


Dah try ke menu breakfast di Warung Imam Muda tu? Sis pernah story-mory sebelum nie. Kali nie sis nak cerita pula kisah makan tengahari kat situ. Baca ok!


www.aniemohamed.blogspot.com

Hasrat nak try menu tengahari akhirnya tercapai juga.Sajalah nak try, sebab bila tengok banner promosi rasa teruja plak dengan lauk tengaharinya tu.

Nak jadikan cerita, sampai jugaklah lagi ke Warung Imam Muda Fikiri tu. Sis sekeluarga sampai lebih kurang dalam jam 2.00 petang. Lepas-lepas solat Zuhur, baru gerak.

Actually, untuk makan tengahari segala menu korang dah boleh order pada jam 11.30 pagi. Time nie peralihan menu, dari menu breakfast ke lauk tengahari. Menu breakfast bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.  


Baca Juga: Sarapan Pagi Di Warung Imam Muda


Kebetulan time kita orang sampai tu, orang tak ramai sangat. So tak perlulah nak beratur atau menunggu lama nak cari tempat duduk.

Ada beberapa menu yang nampak sedap dan menambat hati untuk kita orang cuba menikmatinya. 
Antara menunya ialah Nasi Tomato Enaq, Nasi Kukus Ayam Berempah, Ayam/Keli Penyet, Nasi Ayam Grill, Kambing Bakar VVIP, Sup Tulang Antarabangsa dan Sup Chicken Cheker.

Baca Juga: Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Tapi inilah menu yang menjadi pilihan kita orang : 


www.aniemohamed.blogspot.com
Nasi Kukus Ayam Berempah


www.aniemohamed.blogspot.com
Nasi Tomato Enaq

www.aniemohamed.blogspot.com
Nasi Ayam Penyet


www.aniemohamed.blogspot.com
Sup Tulang Antarabangsa

Tak tahu nak masak apa atau rasa nak gantung kuali jer hari ini? Jom terjah Warung Imam Muda nie dan cuba makan tengahari di sini pula. Mana tau, menu-menunya kena dengan selera korang. Datang sebelum jam 3.00 petang ok. Hari Jumaat, warung nie tutup ya! 

Tapi, kalau tanya sis.. tekak sis seisi keluarga lebih memilih menu sarapan paginya. Lagi mantap! Gitew la ceritanya. 


www.aniemohamed.blogspot.com
Air Sirap Selasih cukup menggoda selera kan...

Okay, nanti kita sembang lagi ye. Tata.

Lurve,

Sis Anie Mohamed