Minum air rebusan bunga cengkih mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Bunga cengkih atau clove bersifat antioksidan, anti-inflamasi, dan antiseptik. Namun, tidak ramai yang menyukai dan tahu khasiat atau kebaikan minum air rebusan bunga cengkih.

Bunga cengkih merupakan rempah serbaguna yang mempunyai rasa dan bau yang tersendiri. Orang tua-dua dahulu memang suka meletakkan herba ini dalam pelbagai jenis masakannya. Ini adalah kerana mereka yakin dengan kandungan nutrisi cengkih yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh. 

Mungkin disebabkan sudah terbiasa (mengikut jejak langkah emak sis memasak), jadi ada di antara masakan yang memang sis perlu menggunakannya.Antaranya, masak kicap, masak hitam, kari dan lain-lain lagi. Tapi, kalau kebetulan bahan tersebut tak ada atau terlupa, tak adalah letak pun! Hahaha…

Minum Air Rebusan Bunga Cengkih

Minum air rebusan herba tu sangat bagus, badan yang lemau nie pun akan jadi lebih segar. Memang sejak dahulu lagi emak sis amalkan minum air rebusan nie.

Disebabkan emak sis tak habis-habis berpesan supaya minum, okay sis minum dan sis kongsikan juga antara kebaikan ataupun manfaatnya ya!

Sis ada terbaca satu info yang mengatakan, satu sudu teh bunga cengkih, mengandungi enam gram kalori, satu gram karbohidrat dan juga satu gram serat. Selain itu, ia turut mengandungi mangan, vitamin K, vitamin C, magnesium serta vitamin E.

bunga cengkih


Cara Membuat Air Rebusan Bunga Cengkih


1.Ambil beberapa kuntum bunga cengkih kering (anggaran 5-6 bunga cengkih).

2.Rebus bunga cengkih dalam air mendidih selama selama 5-10 minit.

3. Setelah itu tutup api dan tapis.

4. Minum air rebusan bunga cengkih suam perlahan-lahan.

Nota: Minuman ini mungkin memiliki rasa yang kuat dan pahit.Jika anda mempunyai masalah kesihatan atau sedang mengambil ubat-ubatan tersebut, lebih baik mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.Langkah ini lebih baik sebelum korang minum air rebusan cengkih secara rutin.


bunga cengkih

Cara Buat Air Rebusan Bunga Cengkih Yang Sedap


Untuk membuat air rebusan bunga cengkih yang sedap, korang boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Bahan-bahan yang diperlukan:

10-15 kuntum bunga cengkih kering

4 cawan air

1 batang kayu manis (opsional)

2-3 ulas bawang putih (opsional)

Madu atau gula secukup rasa (opsional)

Persediaan Untuk Membuatnya

Pastikan bunga cengkih yang digunakan adalah kering dan berkualiti baik. Korang boleh beli bunga cengkih kering dari kedai runcit qtau pasaraya.

Penyediaan Bahan Tambahan (Opsional):

Jika korang nak menambahkan rasa dan aroma yang lebih kompleks, boleh menambahkannya dengan  kayu manis atau bawang putih. Kayu manis akan memberikan cita rasa manis dan haruman yang harum, manakala bawang putih akan menambahkan kelezatan dan kesegaran.

Cara Merebus

Masukkan air ke dalam periuk besar dan panaskan hingga mendidih.

Setelah mendidih, tambahkan bunga cengkih ke dalam air panas. Anda boleh mengikat bunga cengkih dalam kantong kain berloose untuk memudahkan penyingkiran selepas merebus.

Penyediaan Tambahan Rasa

Jika  korang menggunakan kayu manis, tambahkan batang kayu manis ke dalam periuk.

Jika korang menggunakan bawang putih, hancurkan atau cincang bawang putih dan masukkan ke dalam periuk.

Perasa (Opsional):

Jika anda ingin menambahkan sedikit manis kepada air rebusan, anda boleh memasukkan madu atau gula secukup rasa. Ini adalah langkah opsional, bergantung kepada citarasa peribadi anda.

Rebus Dengan Api Yang Perlahan

Biarkan campuran meresap dalam air rebusan pada suhu rendah selama kira-kira 15-20 minit. Jangan biarkan campuran mendidih dengan kuat, kerana ini boleh menyebabkan rasa pahit daripada bunga cengkih menjadi lebih kuat.

Saring dan Hidangkan

Setelah rebusan selesai, tapis air rebusan untuk memisahkan bunga cengkih dan bahan tambahan lainnya.

Tuangkan air rebusan ke dalam cawan atau cawan,  dan ia sedia untuk diminum.

Dah siapppp! Air rebusan bunga cengkih yang sedap dan harum. Ia boleh dinikmati panas atau dingin, bergantung kepada kesukaan masing-masing

Lagipun setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Jadi korang boleh  menyesuaikan jumlah bahan dan 'perasa'  mengikut kesukaan sendiri. 

Baca Juga: Khasiat Air Barli

Berikut Manfaat Air Rebusan Bunga Cengkih

Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Disebabkan emak sis penghidap diabetis, pengambilan air rendaman bunga nie sangat membantu.
Nigericin yang ditemui dalam cengkih dikatakan sangat membantu meningkatkan pengambilan gula dari darah ke sel.

Di samping itu, turut meningkatkan rembesan insulin serta meningkatkan fungsi sel yang mengeluarkan insulin.

Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Pengambilannya juga bermanfaat membantu dalam meningkatkan daya ketahanan badan dengan meningkatkan jumlah sel darah putih serta membersihkan tubuh daripada racun berbahaya dan mikroba.

Bunga cengkih dikatakan memiliki sifat antimikroba yang boleh membantu menghentikan pertumbuhan mikro-organisme berbahaya.

Menguatkan Tulang

Dalam bunga nie terdapat estrak eugenol, flavone, isoflavone dan flavonoid yang membantu kepadatan tulang dan mineral tulang. Secara tak langsung ia akan menguatkan tulang bagi penghidap penyakit osteoporosis.

Elok Untuk Sistem Penghadaman

Selain membantu menguatkan tulang, herba yang satu ini juga berupaya menjaga sistem penghadaman dalam badan kita.Kandungan tannin, flavonoid dan sterol dikatakan mampu merawat masalah penghadaman.

Pengambilan air rebusan ini dikatakan berupaya merangsang rembesan enzim pencernaan, mengurangkan perut kembung, mengatasi masalah angin dalam badan, pedih hulu hati dan juga rasa mual seperti nak muntah.


Baca Juga: Cara Atasi Masalah Sembelit

Meredakan Stress

Korang yang selalu stress, elok amalkannya. Ini adalah kerana kandungan eugenol pada cengkih sangat efektif untuk melegakan otot yang tegang disebabkan stress.

Itulah antara manfaat air rebusan bunga cengkih.Cubalah korang try minum segelas pada setiap hari dan rasakan sendiri efeknya pada badan. Tak cuba, tak tahu, kan….