Tentu ramai di antara kita yang ‘takut’takut’ nak goreng ikan ataupun keropok lekor. Bimbang masa menggoreng tu minyak akan meletup-letup.


goreng ikan

Takut Minyak Terperecik

Kalau bernasib baik, kena tangan jer.Kalau kena muka, alahai... Tak dinafikan, sis pun tak berapa suka bab goreng-menggoreng nilah sebab takut minyak panas tu terperecik kat muka.Segalanya diluar jangkaan.

Tapi, sebagai wanita sejati gitewwwww….kenalah jugak hadap. Kalau tak, tak berasap dapur, cam manoo? Hahahaa…

Penyebab Minyak Meletup-Letup


Apapun, janganlah korang terlalu risau sampai takut sangat nak rajin tangan ke dapur.Tak bolehlah macam tu… Ada cara untuk mengurangkan potensi letupan minyak pada masa kita menggoreng tu.

Kandungan air pada ikan ataupun keropok lekor merupakan salah satu penyebab minyak meletup-letup. Kenapa sis story pasal ikan ataupun keropok lekor jer? Hahaha… sebabnya dua nih yang dulunya selalu buat tangan dan muka sis habis ‘comot-comot’ akibat minyak tu meletop.

Tapi, lately nie dah tak ada lagi… dah selamat.Nak tahu apa yang sis buat? Baca artikel ini sampai habis ok!

Cara Selamat Goreng Ikan Atau Keropok Lekor


keropok lekor


1. Pilih Kuali Jenis Dalam


Untuk lebih selamat, sis suka menggoreng ikan ataupun keropok lekor nie menggunakan kuali jenis dalam.

Walaupun mungkin tak mengurangkan letupan, sekurang-kurangnya teknik ini boleh melindungi tangan daripada percikan minyak.

Baca Juga:

Cara Masak Pasta Supaya Lebih Sedap

Resepi Sambal Jantung Pisang 



goreng ikan

2. Pastikan Kuali Betul-Betul Kering


Disebabkan air boleh menyebabkan minyak meletup-letup, jadi adalah lebih baik mengeringkan kuali terlebih dahulu sebelum digunakan untuk menggoreng.

Selalunya sis akan panaskan kuali dengan api yang kecil terlebih dahulu. Lepas tu lap-lap sikit dengan menggunakan tisu dapur. Bila dah yakin kuali betul-betul bersih dan kering, barulah sis tuang minyak.

3. Minyak Mesti Panas


ikan goreng

Kalau minyak tak betul-betul panas boleh juga membuatkan ia meletop masa menggoreng tu. Korang kena tengok jugak tau, kalau goreng ikan/keropok lekor pada minyak yang panas tak akan ambil masa yang terlalu lama.

Sekitar lima atau 7 minit, dah boleh angkat. Kalau terlalu lama nanti terlalu garing. Tak sedap pulak nanti bila nak makan.

4. Toskan Terlebih Dahulu


Oh ya.. pastikan ikan ataupun keropok lekor itu tidak berair/basah sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas tadi kerana ia boleh mengundang letupan minyak.

So, lepas dah cuci bersih keropok lekor atau ikan (dah letak kunyit dan garam) tu toskan dengan menggunakan penapis terlebih dahulu ok.

5. Tabur Sedikit Tepung Gandum Dalam Minyak

goreng ikan


Lain orang lain cara atau petua untuk mengurangkan percikan minyak ketika menggoreng.Tapi, untuk sis sis gunakan tepung gandum jer. Sis akan tabur sedikit tepung gandum dalam minyak. Kacau-kacau bagi sebati dan lepas tu barulah menggoreng macam biasa.

Begitulah cara yang sis buat untuk mengurangkan minyak meletop ketika sis menggoreng ikan ataupun keropok lekor. Semoga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba ya!