Keladi Birah Ratah Memang Sedap! Try Resepi Nie...


www.aniemohamed.blogspot.com


Pernah dengar Keladi Birah Ratah? Rasanya kalau orang belah Pantai Timur, ada yang tahu kot.

Sis pun tak familiar sangat la dengan jenis-jenis keladi. Baik sayur keladi yang boleh dimakan, ataupun bunga-bunga keladi nie. Heee… hehehe…

Tapi, kalau makan sayur keladi… kemahang ke… sis suka. Nak kata, terror masak tu tak la sangat. Giteww… gitewww jer.

www.aniemohamed.blogspot.com
Inilah rupanya pokok Keladi Birah Ratah

Sebabnya, sis gerun nak pegang-pengang, takut gatal. Dulu-dulu, time emak sihat masih sihat, masih laju untuk buat-buat kerja dapur, kalau balik kampung, tau-tau jer menu tu dah siap dimasak.

Namun, sekarang bab masak-masak bila sis balik kampung sis take over la. Cuma emak akan tolong siang (potong-potong) apa yang patut, andaikata sis tak reti! Hahahaa….

www.aniemohamed.blogspot.com
Pokok keladi nie memang banyak. Abg sis memang tanam.

Macam sayur Keladi Birah Ratah ini lah. Seumur hidup sis memang tak pernah ‘mencarakan’ sayur nie. Alasan, takut gatal tangan! Hahahaaaa… ngeri dowhhh… Oh, ya kalau korang nak tahu, maksud 'birah' tu kalau kat kampung sis, 'gatal'. "Jangan nak birah sangat laaaa...." Hahaha... hahaahhaa... 😂

Padahal tak pun, sebab Keladi Birah Ratah kalau kat kampung sis, depa nie buat ulam. Cicah dengan sambal mentah.Tapi, sis tak retilah nak makan gitew… mentah-mentah… takut gatal tekak! Hahhaa… over kan…

Disebabkan emak dah tak berapa larat, jadi sis kenalah buat-buat pandai masak sayur ini. Memang sedap! Sis follow masak, resepi yang emak sis bagi tu. So, sis share la untuk korang, kot-kot ada yang nak try masak sayur nih.

Resepi Sayur Birah Ratah Versi Emak Koi

Bahan-bahan yang diperlukan:

· 2 Batang Keladi Birah Ratah

· 3 cili padi (nak pedas letaklah banyak)

· Dua ulas bawang putih

· Setengah biji bawang merah

· Sedikit kunyit serbuk

· Sekeping asam keping

· Untuk rencahan- beberapa ekor udang ( sesuka hati nak letak berapa ekor)

Cara Membuatnya:


www.aniemohamed.blogspot.com
Batangnya berongga 

1. Bersihkan sayur Keladi Birah Ratah, kemudian dipotong-potong serong.

www.aniemohamed.blogspot.com
Bahan-bahan yang ditumbuk/kisar kasar


2. Tumbuk cili padi, halia, bawang putih dan bawang merah. (tumbuk kasar-kasar tak perlu sampai lumat ok)

3. Panaskan minyak di dalam kuali (minyak tu agak-agak sendiri la ye)

4. Lepas tu tumislah bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi (cili padi, halia, bawang putih dan bawang merah), dengan api yang sederhana. Kacau-kacau kasi sebati. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan asam keping.

5. Bila dah naik bau, warnanya pun dah keperangan, masukkan udang yang telah dibersihkan dan ditos airnya.

6. Kacau rata, biar sebati. Lepas tu masukkan sedikit air, kacau lagi.

www.aniemohamed.blogspot.com


7. Kemudian masukkan sayur Keladi Birah Ratah yang dah siap dipotong, dibersihkan dan ditoskan airnya.



8. Kacau dan tambah sedikit lagi air dan tunggulah sampai rasa masak. Last sekali, korang perasakan dengan garam dan sedikit Maggi Cukup Rasa.

9. Bila semuanya dah ok, dah rasa masak dan lengkap rasanya, bolehlah tutup api dan hidang.


www.aniemohamed.blogspot.com
Tadaaaaa.... dah siap pun. Korang kena rasa sendiri, baru tau kesedapannya.

Itulah Resepi Birah Ratah Versi Mak Koi ahhahaa… tak tahu nak bagi nama apa masakan nieh. Korang kena cuba… sebab sedap yaaa amatt!


Boleh beli online anak Keladi Telur/Keladi Sarawak sini:




Okay, sekian dulu. Jumpa lagi. Tata.

Lurve,

Sis Anie Mohamed















Post a Comment

1 Comments

  1. Aien pun macam tak familiar dengan keladi ni. Macam sedap je makan dengan nasi panas-panas ..

    ReplyDelete