Pernah cuba Resepi Kurma Ayam ? Kalau belum pernah, harus dicuba! Apatah lagi, jika bosan dengan menu ayam goreng, apakata hari ini kita tukar selera sikit. Kurma ayam tak kalah sedapnya juga dengan menu ayam yang lain. Menu masakan ini juga sering menjadi hidangan di majlis perkahwinan ataupun keraian.

resepi kurma ayam

Banyak Variasi Resepi Kurma Ayam

Ada pelbagai variasi atau cara untuk memasak ayam masak kurma ini. Apa yang sis kongsikan ini, adalah cara yang mak sis ajar sewaktu remaja dulu.

Jika tak suka ayam, boleh ubah kepada daging. Tapi, korang kenalah rebus daging tu terlebih dahulu. Lebih memudahkan giteww.

Baca Juga: Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Berikut Resepi Kurma Ayam


Bahan-bahan:

· Ayam (setengah ekor)

· Sedikit minyak masak untuk menumis

· Santan /serbuk santan (1 paket)

· Setengah paket kecik rempah kurma – dibancuh dengan sedikit air.

· Sedikit halia (dihiris-hiris)

· 2 biji bawang besar (dibelah empat)

· 3 biji bawang putih (dibelah dua)

· 1 biji bawang merah (dihiris halus -untuk tumisan)

· 1 biji cili merah dan cili hijau ( dibelah dua - nak letak cili padi pun boleh – ikut suka.

· 1 biji tomato – (dibelah empat)

· Garam, lada sulah dan kiub pati ayam secukupnya)

· Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga secukupnya – untuk menumis)

· Sebiji ubi kentang (dibelah empat)

· Setengah keping asam keping.

· 1 sudu kecil kicap manis.


resepi kurma ayam

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Cili Padi

Cara Memasak Kurma Ayam


1. Cuci bersih ayam yang sudah dipotong dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, halia serta bawang yang sudah dihiris halus tadi serta bawang putih.

3. Setelah naik bau, masukkan pula rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.

4.Kecilkan api, kacau sehingga rempah kurma tadi masak.

5. Kemudian masukkan ayam dan biarkan seketika.

6. Lepas tu masukkan kentang dan sedikit air. Biarkan seketika sehingga mendidih.

7.Setelah itu masukkan santan/ santan peket yang telah dibancuh dengan sedikit air.

8. Apabila ayam sudah empuk, kentang pun ok. Masukkan bawang besar yang telah dibelah empat serta cili merah dan hijau tadi serta tomato.

9. Perasakan dengan garam, kicap manis, kiub pati ayam, lada sulah dan asam keping.

10. Kalau dah ok semuanya, bolehlah tutup api.Sedia untuk dihidangkan, Ayam Masak Kurma yang super sedap. Selamat mencuba Resepi Kurma Ayam yang super sedap ini.