Peningkatan usia tidak mungkin boleh dihindari. Semakin bertambah usia semakin nampak tanda-tanda penuaan, terutama kulit.Bagi yang kurang menitik beratkan soal penjagaan kulit wajah sudah pasti tanda-tanda penuaan tersebut jelas kelihatan. Tak perlu tunggu mencecah usia 40 an ke atas, yang berusia 20-an pun boleh nampak kedutan dan garis-garis halus di wajah.
Gaya Hidup Tak Sihat
Sebenarnya banyak faktor yang menjadi penyumbang terjadinya penuaan, antaranya disebabkan gaya hidup yang tidak sihat, terlalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari, pencemaran udara, stress, faktor genetik dan juga obesiti.
Berikut beberapa tanda penuaan kulit yang boleh dikenalpasti, dikutip daripada pelbagai sumber.Bagi korang yang masih muda, eloklah ambil tahu kerana mencegah daripada awal adalah langkah terbaik berbanding daripada merawatnya setelah ia terjadi.Jangan biarkan wajah korang mengalami penuaan yang cepat sedangkan umur masih dalam 20-an.
Baca Juga:
5 Penyebab Kulit Muka Nampak Kusam
Kurangkan Tanda Penuaan Dengan Masker Kopi
Tanda-Tanda Penuaan
Berikut antara tanda-tanda penuaan:
1. Kedutan Di Sekitar Mata
Tanda-tanda penuaan boleh diamati munculnya kedutan di sekitar mata. Disebabkan kulit di sekitar mata sangat nipis, ia cenderung berubah.Lengkungan kelopak mata atas mula menurun dan membuatkan mata nampak lebih kecil.
2. Garis-Garis Halus Mula Kelihatan
Garis-garis halus ini merupakan tanda awal terbentuknya kedutan. Kita boleh nampak garis halus ini ketika mengerutkan dahi dan masa tersenyum.
Sekiranya korang masih muda dan garis-garis halus ini sudah muncul, boleh jadi ia merupakan tanda-tanda penuaan.
3. Kulit Nampak Kusam
Kulit kusam juga boleh menjadi tanda-tanda penuaan semulajadi dan ia sangat menganggu penampilan.
Biasanya kulit muka akan melakukan regenerasi dengan sendirinya.
Namun, jika sebaliknya lama-kelamaan boleh menyebabkan sel kulit mati berkumpul.Ia kemudiannya melapisi permukaan wajah sehingga memberikan penampilan kulit wajah yang kusam.
4. Kulit Wajah Kering
Ketika usia semakin bertambah, kerosakan kulit boleh menjadi bertambah parah jika langkah pencegahan segera tidak diambil.
Kulit menghasilkan sebum tersendiri untuk melindungi serta mencegah kehilangan kelembapan kulit. Namun, apabila usia bertambah, keupayaan kulit untuk menghasilkan sebum semakin berkurangan sekaligus menyebabkan kulit mudah kering.
Biasanya kulit kering akan kelihatan pucat, bersisik, kusam serta kurang anjal.Sebaiknya gunakan pelembap wajah secara rutin selepas membersihkan muka.
5. Muncul Bintik-Bintik Coklat
Penuaan semulajadi semakin jelas apabila munculnya bintik-bintik coklat atau hitam, terutama di bahagian wajah. Mulanya bintik-bintik tersebut berwarna cerah, namun pada akhirnya aia akan berubah menjadi warna coklat gelap.
6. Kulit Muka Mengendur
Bila usia dah semakin meningkat, keanjalan kulit pun semakin berkurangan.Ia berlaku disebabkan kejatuhan lemak pada muka serta kehilangan kolagen semulajadi.
Kehilangan atau kekurangan kolagen boleh membuatkan kulit mengendur dan menyumbang kepada pembentukan ‘fat jowls. Kehadiran lemak tersebut membuatkan wajah kelihatan mengendur.
Itulah beberapa tanda menunjukkan wajah mula mengalami penuaan semulajadi.Bagi yang masih muda, dah pastilah korang tak nak nampak tua sebelum waktunya. Jadi, bila dah tahu nie sekurang-kurangnya boleh cepat bertindak untuk mencegahnya.
Semoga bermanfaat!
0 Comments