Korang selalu gagal menabung tak? Bab menabung nie memang nampak senang, tetapi sebenarnya susah!


menabung

Susah Senang Menabung

Senangnya kerana kita hanya perlu asingkan sebahagian duit yang kita ada. Tak kisahlah berapapun jumlahnya. Apa yang membuatnya jadi susah ialah kerana bukan semua orang konsisten dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menabung!

Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi kita ini sedang merundum nie. Bukan mudah untuk mengatur kewangan dengan jumlah duit atau wang terhad pada setiap bulan. Sungguhpun begitu, kita tetap kena usahakan supaya dapat mengelola kedudukan kewangan dengan lebih baik.


Baca Juga:


Rahsia Sukses Dalam Kehidupan Dan Bisnes 


menabung

Cara Menabung Yang Betul

Berikut beberapa cara menabung yang boleh dipraktikan dalam kehidupan sehari-hari. 

1. Utamakan Keperluan Daripada Keinginan

Bercakap memang mudah kan… ada masanya keinginan tu tetiba jer datang! Hahaha… Mulanya memang tak terniat untuk membeli, tetapi tau-tau jer ‘menjadi’. Adooiii… Pilihan untuk memenuhi keperluan ataupun keinginan inilah yang sering jadi dilema.

Sesekali memenuhi keinginan setelah bertungkus lumus bekerja oklah kan… Tapi kalau dah kerap sangat berbelanja untuk memenuhi keinginan tu dah jadi lain pula… jadi pemboros la pulak.Lama kelamaan dompet pun boleh jadi kosong!

So, supaya 2022 kita tak gagal lagi menabung, cubalah untuk selalu mengutamakan keperluan berbanding segala keinginan.

2. Beli Bukan Kerana Untuk Menunjuk-Nunjuk

Satu lagi, belilah sesuatu berdasarkan kegunaan, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.Tak dinafikan membeli barang-barang yang berjenama boleh membuatkan seseorang itu nampak lebih ‘woooww’. Namun, ia akan menjadi masalah besar jika kedudukan kewangan tidak stabil.

Jadi, adalah lebih baik kalau kita membeli sesuatu tu berdasarkan kegunaan, dan bukannya untuk menarik perhatian orang lain ataupun untuk bersaing dengan kawan-kawan.Belilah yang tak terlalu mahal dan sesuai dengan bajet. Kalau rasa ada bajet lebih, adalah lebih baik kalau kita asingkan duit tu untuk kegunaan lain.

3. Rancang Atau Catat Apa Yang Hendak Dibeli

Mengawal kewangan tidak cukup dengan sekadar lafaz di bibir sahaja atau melihat apa yang tertera di kertas catatan wahh gitewww….

Dalam mengawal kewangan terutama apabila kita dah sampai ke pasaraya atau pusat membeli belah, kita juga perlu mengawal emosi dan juga mengawal diri daripada segala keinginan yang akan datang secara tiba-tiba.

Tetapi, membeli sesuatu tanpa merancang terlebih dahulu adalah lebih parah.Ini adalah kerana kita tidak mencatat apa keperluan utama barang yang perlu dibeli. Tak adalah nanti bila dah sampai di sana, kita main ambil-ambil sahaja barangan tersebut,s edangkan ia hanyalah sekadar keinginan kita sahaja dan bukannya keperluan utama.

Orang macam sis, memang bahaya kalau tak buat catatan. Tetiba boleh jadi lupa diri tau! Hahaha… hahhaa…


menabung

4. Buat Catatan Duit Masuk, Duit Keluar

Walaupun nampak macam gitew-gitew aje, tapi mencatat segala perbelanjaan duit masuk dan duit keluar ini sangat penting. Dengan adanya catatan ini kita dapat mengawal kedudukan kewangan supaya lebih stabil.

Kalau rasa malas atau sukar nak catat kat buku (tapi sis memang lebih suka catat kat buku khas untuk menabung), korang boleh jer buat kat handphone. 

5. Tabung Darurat

Sejak zaman berkerja lagi sis sudah terbiasa dengan menabung walaupun seringgit sehari. Dan sis ada satu perangai yang suka meletakkan duit untuk tabung darurat nie di tempat-tempat yang ntah apa-apa.

Pernah dulu, sewaktu tinggal menyewa di rumah bujang, sis letak duit tersebut di bawah tikar getah. Lepas tu sis dah tak ingat… sedar-sedar, masa nak pindah. Itupun member sebilik yang sedar, kebetulan dia pun sama-sama berkemas.Ternyata, semua duit yang sis simpan lebih 2 tahun tu masih menjadi rezeki sis. Alhamdulilah…

Menabung dan tabung darurat nie ada sedikit perbezaan. Dengan menabung kita dapat membeli sesuatu yang kita hajati atau inginkan. Manakala tabung darurat pula, duit tu kita tak boleh usik kecuali bila dah terdesak. Dengan adanya duit dalam tabung darurat itulah dalam menyelamatkan keadaan kita tanpa perlu berhutang.

Itulah sedikit perkongsian tentang cerita menabung. Semoga kita berjaya mengawal perbelanjaan dan terus hidup sesuai dengan kemampuan kita tanpa perlu bersaing dengan orang lain/kawan-kawan kita. Sama-sama cuba ya!