Rambut Cepat Panjang
Punca Utama Rambut Lambat Panjang
Stress
Salah satu punca utama rambut rosak ialah ketidakstabilan emosi. Keguguran rambut yang disebabkan oleh tekanan boleh berlaku dengan sangat cepat.
Penggunaan Bahan Kimia yang Banyak
Perkara lain yang melambatkan perkembangan atau pertumbuhan rambut ialah penggunaan bahan kimia pada rambut anda. Kerosakan rambut boleh disebabkan teknik bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut ataupun terlalu kerap menggayakan rambut. Kandungan bahan kimia tersebut juga menghalang pertumbuhan rambut.
Kekurangan nutrisi
Pemakanan yang lemah seperti kekurangan nutrisi adalah salah satu elemen lain yang menyumbang kepada permasalah ini.. Pemakanan yang tidak seimbang akan merosakkan folikel rambut (akar), menjadikan rambut lambat tumbuh. Rambut anda memerlukan sejumlah vitamin, protein dan bahan lain untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
Pengambilan Ubat-Ubatan
Pengambilan ubat-ubatan turut mempengaruhi dan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut untuk tumbuh dengan lebih sihat.
Kurang tidur
Kurang tidur juga mungkin menjadi punca rambut lambat tumbuh. Jumlah tidur yang ideal untuk penghasilan sel rambut adalah antara 7 dan 8 jam setiap hari kerana ia adalah jumlah masa yang diperlukan oleh badan dan otak kita untuk berehat.
Penjagaan Rambut yang Sihat
Memanjangkan rambut dengan cepat memerlukan kesabaran dan penjagaan yang konsisten. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda cuba untuk memanjangkan rambut dengan lebih cepat:
Makan Makanan Berkhasiat
Pastikan diet anda kaya dengan nutrien seperti protein, zat besi, dan vitamin yang penting untuk pertumbuhan rambut.Minum Air Secukupnya
Kekurangan hidrasi boleh menyebabkan rambut kering dan berpotensi memperlambat pertumbuhan.Jaga Kesan Panas
Hindari penggunaan terlalu kerap alat pemanas rambut seperti pengering rambut dan alat pengeriting. Gunakan perlindungan panas jika perlu.
Penjagaan Berkala
Cuci Rambut dengan lembut. Gunakan syampu dan pelembap yang sesuai untuk jenis rambut anda. Jangan kerap mencuci rambut kerana ia boleh mengurangkan minyak semulajadi.
Gunakan Pelembab
Penggunaan pelembab atau krim kondisioner membantu menjaga rambut lembut dan terhindar dari kerosakan.Urut Kulit Kepala Secara Rutin
Urut lembut kulit kepala boleh merangsang aliran darah ke akar rambut dan membantu pertumbuhan.Minyak Rambut
Gunakan minyak seperti minyak kelapa atau minyak jarak untuk memberi nutrien kepada kulit kepala. Urut lembut sebelum tidur dan cuci keesokan harinya.Cara semulajadi supaya rambut cepat panjang dengan lebih sihat
Santan Kelapa
Tak tahulah korang tahu ke tak bahawa santan kelapa juga boleh digunakan untuk memanjangkan rambut. Nie petua orang dulu-dulu, zaman sis kecik-kecik dahulu mak sis suka sangat letak santan kat rambut sis.
Alasannya supaya rambut sis cepat panjang, lebat dan jadi lebih hitam serta lembut. Kebetulan rambut sis memang jenis perang. Ala-ala blonde giteww.
Caranya mudah sahaja, lumurkan santan pekan pada kulit kepala secukupnya. Urut perlahan-lahan, lepas tu balut/tutup dengan tuala suam. Biarkan selama 15-20 minit.Kemudian, bilaslah sehingga bersih. Nanti korang akan rasakan rambut jadi lebih lembut.
Minyak Zaitun
Penggunaan minyak zaitun memang efektif untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut.Minyak zaintun juga boleh menyuburkan rambut, melembutkan rambut yang kering serta kusam supaya kelihatan lebih bersinar.
Boleh titiskan minyak zaitun pada kulit kepala, kemudian urut secara lembut selama 5-10 minit macam tu. Pakai sebelum tidur. Biarkan semalaman, keesokkan pagi time mandi tu barulah dibilas sehingga bersih.
Lidah Buaya
Kalau ada lidah buaya kat rumah, jangan ragu-ragu untuk memanfaatkannya untuk penjagaan rambut.
Cara memanjangkan rambut dengan menggunakan lidah buaya ini sangatlah senang.
Kalau rajin bolehlah kisar atau racik atau ramas terlebih dahulu gel tersebut sebelum dilumur ke kulit kepada dan juga rambut. Biarkan selama 201-30 minit, kemudian bilas sehingga bersih.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, boleh campurkan gel lidah buaya tadi dengan sedikit madu. Gaul sebati sebelum dilumur pada rambut dan kulit kepala.
Teh Hijau
Kandungan antioksidan tinggi yang terdapat pada the hijau membantu melancarkan pengaliran darah pada kulit kepala sehingga merangsang pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.
Minyak Bijan
Bercerita tentang minyak bijan nie, sis punya kisah tersendiri. Teringat masa kecil dahulu selain rambut kena lumur dengan santan kelapa, minyak bijan juga turut mak sis gunakan semata-mata mahu menghitamkan rambut sis tu. (Kalaulah petua tersebut tak dipraktikan oleh mak sis, dah tentulah rambut sis jadi lebih blonde berbanding sekarang nie he he he )
Selain membantu menghitamkan rambut, minyak bijan juga dikatakan mampu menstimulasikan pertumbuhan rambut. Korang boleh jer campurkan dengan minyak zaitun dalam kadar yang sama banyak.
Minyak zaitun bersifat ringan dan menghidrasi tentunya akan membuatkan rambut lebih lembut dan halus.
0 Comments