Korang suka minum jus? Tak kiralah jus buah ataupun sayur. Ia memang bagus untuk mengekalkan daya ketahanan badan. Walaupun dunia pendemik sudah berlalu, namun kita tetap perlu menjaga daya ketahanan badan supaya tidak mudah diserang penyakit. Salah satu caranya adalah dengan menikmati jus!
Apa Itu Jus Sihat?
Minuman yang biasanya terdiri daripada campuran buah-buahan segar dan sayuran yang diperbuat menggunakan alat pengisar atau blender. Minuman ini dikenali kerana kaya dengan nutrien dan vitamin, serta memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan tentangnya. Berikut adalah beberapa perkara menarik tentang jus sihat ini.
- Kaya dengan Nutrien
Biasanya mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin, mineral, serat, dan antioksidan. Ini adalah kerana buah-buahan dan sayuran yang digunakan di dalamnya menyumbang kepada kepelbagaian nutrien.
- Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
Minuman ini boleh membantu meningkatkan sistem imun badan kerana ia mengandungi vitamin C dan antioksidan yang boleh melindungi tubuh daripada penyakit.
- Menyokong Kesihatan Jantung
Mengandungi buah-buahan seperti delima, anggur merah atau buah-buahan beri boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana mereka mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan jantung.
- Membantu Pencernaan
Sayuran di dalamnya seperti sayur-sayuran hijau mengandungi serat yang dapat membantu dalam sistem pencernaan dan mencegah sembelit.
- Menurunkan Berat Badan
Jus Sihat juga digunakan oleh sesetengah orang sebagai sebahagian daripada program penurunan berat badan kerana ia rendah kalori dan tinggi nutrien yang boleh membantu kawal nafsu makan.
- Rasa yang Menyegarkan
Biasanya mempunyai rasa yang segar dan enak, membuatnya menjadi minuman yang digemari oleh ramai orang.
- Pelbagai Jenis
Terdapat pelbagai jenis boleh dihidangkan seperti Jus Buah-buahan, Jus Sayuran, Jus Detoks, dan banyak lagi. Setiap jenis mempunyai ciri-ciri dan manfaat tersendiri.
- Sebahagian daripada Diet Sihat
Jus Sihat boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang yang sihat apabila diambil dengan bijak dan sebagai pelengkap kepada makanan yang lain.
Nota: Penting untuk diingat bahawa walaupun jus ini mempunyai banyak manfaat kesihatan, ia juga boleh mengandungi gula tambahan jika buah-buahan manis digunakan. Jadi, amat penting untuk mengambil kira pengambilan gula dalam diet harian korang.

Selain itu, jus sebaiknya digunakan sebagai pelengkap kepada makanan yang seimbang dan bukan sebagai pengganti makanan utama ya!
Berikut adalah beberapa jus buah dan sayur yang paling sis suka minum dan punya banyak khasiat.
Lobak merah suka sangat. Sumber vitamin A dan elok sangat untuk kesihatan mata dan juga kulit. Ada vitamin C yang penting untuk daya ketahanan badan.Sis hanya minum jus lobak nie yang ‘O’, tanpa diletakkan susu. Nak bagus, memang tak perlu letak gula pun.
Baca Juga: Minum Jus Carrot Setiap Hari Mampu Atasi Masalah Mata
Banyak serat dan sangat bagus untuk mengikat lemak dan kolesterol, kaya dengan vitamin A, vitamin B dan vitamin C. Epal juga mengandungi cuka, cecair asid yang membantu dalam meningkatkan daya ketahanan badan.Antara epal merah dan epal hijau, sis lebih suka jus epal hijau. Terasa lebih nikmat giteww…
Bacalah Juga: 7 Tanda Korang Kurang Zat Besi
Dalam keadaan cuaca yang panas, sis memang suka minum jus tembikai.Hilangkan rasa haus memandangkan tembikai mengandungi banyak air dan memang elok kalau kita sedang mengalami dehidrasi. Lagipun minum jus tembikai juga dikataka boleh menjadi mood booster ketika kita sedang berkerja. Waaahhh….
Sis kalau dapat minum jus timun terutama selepas bersenam memang segar badan. Jus ini dikatakan dapat meningkatkan stamina serta mampu menjaga kesihatan mata serta penganti cairan yang hilang.
Disebabkan sis sedang giat menurunkan berat badan, jadi pengambilan jus timun ini sangat membantu sebab ia bagus untuk diet. Kadar kalori yang terkandung pada buah ini sangat rendah, dan jus timun mengandungi serat dan air yang tinggi sehingga perut kita akan rasa kenyang dengan lebih lama.
Bacalah Juga: Timun Kaya Dengan 1001 Kebaikan
Tentu ramai yang suka minum jus oren sebab ia mengandungi pelbagai kebaikan. Bukan setakat kaya dengan vitamin C, tetapi juga mengandungi serat yang mana sangat membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman, mengawal berat badan serta mengendalikan kolesterol.
Itulah beberapa jus yang boleh meningkatkan kesihatan tubuh. Untuk mendapatkan zat yang lengkap dan seimbang, boleh jer kalau kita gabungkan buah dan sayur sebagai jus. Boleh dihidangkan untuk sarapan pagi ataupun sebagai selingan makan malam.
Credit Images: pexels.com
5 Jenis Jus Yang Banyak Khasiat
Berikut adalah beberapa jus buah dan sayur yang paling sis suka minum dan punya banyak khasiat.
1. Lobak
Lobak merah suka sangat. Sumber vitamin A dan elok sangat untuk kesihatan mata dan juga kulit. Ada vitamin C yang penting untuk daya ketahanan badan.Sis hanya minum jus lobak nie yang ‘O’, tanpa diletakkan susu. Nak bagus, memang tak perlu letak gula pun.
Baca Juga: Minum Jus Carrot Setiap Hari Mampu Atasi Masalah Mata
2. Epal
Banyak serat dan sangat bagus untuk mengikat lemak dan kolesterol, kaya dengan vitamin A, vitamin B dan vitamin C. Epal juga mengandungi cuka, cecair asid yang membantu dalam meningkatkan daya ketahanan badan.Antara epal merah dan epal hijau, sis lebih suka jus epal hijau. Terasa lebih nikmat giteww…
Bacalah Juga: 7 Tanda Korang Kurang Zat Besi
3. Jus Tembikai
Dalam keadaan cuaca yang panas, sis memang suka minum jus tembikai.Hilangkan rasa haus memandangkan tembikai mengandungi banyak air dan memang elok kalau kita sedang mengalami dehidrasi. Lagipun minum jus tembikai juga dikataka boleh menjadi mood booster ketika kita sedang berkerja. Waaahhh….
4. Jus Timun
Sis kalau dapat minum jus timun terutama selepas bersenam memang segar badan. Jus ini dikatakan dapat meningkatkan stamina serta mampu menjaga kesihatan mata serta penganti cairan yang hilang.
Disebabkan sis sedang giat menurunkan berat badan, jadi pengambilan jus timun ini sangat membantu sebab ia bagus untuk diet. Kadar kalori yang terkandung pada buah ini sangat rendah, dan jus timun mengandungi serat dan air yang tinggi sehingga perut kita akan rasa kenyang dengan lebih lama.
Bacalah Juga: Timun Kaya Dengan 1001 Kebaikan
5. Jus Oren

0 Comments