Korang selalu tak diserang sakit kepala? Kadang-kadang tetiba jer munculnya. Sakit kepala berbeza dengan migrain. 
sakit kepala

Sakit Kepala Atau Migrain

Selalunya sakit kepala berlaku disebabkan stress dan rasa sakit di belah kanan dan kiri kepala tetapi tidak disertai rasa mual, muntah serta tidak sensitif terhadap cahaya dan suara.

Manakala kalau sakit kepala akibat migrain, kesakitan akan dirasakan hanya di bahagian tertentu kepala, berdenyut dan menyebabkan rasa macam mual dan muntah.

Korang tahu tak ada bebrapa jenis makanan yang boleh mengundang sakit kepala dan juga migrain. Sis memang berpantang sikit daripada menjamah makanan dan minuman tersebut sebab ia boleh mengundang migrain.

Baca Juga:




sakit kepala


Makanan dan Minuman Penyebab Sakit Kepala/Migrain


Antara makanan dan minuman tersebut ialah:-

1. Minuman Berkafein


Lain orang, lain pula ragam penyakitnya. Kalau sis, bila terlalu banyak sangat minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan coklat mulalah terjadi serangan migrain dan sakit kepala.

Tetapi ada juga kawan-kawan sis, yang bila minum minuman berkafien rasa migrain ataupun sakit kepala mereka jadi berkurangan. 


sakit kepala


2. Makanan Yang Mengandungi MSG


Monosodium Glutamat (MSG) merupakan gaaram dari asid glutamat yang terdapat di dalam tubuh secara semulajadi.

MSG boleh ditemui dalam beberapa jenis makanan, terutama dalam makanan ringan.Dulu-dulu sis suka sangat makan snack-snack nie, tapi bila dah tahu kandungan MSG boleh mengundang migrain dan sakit kepala, teruslah sis stop daripada menikmatinya.

Selain itu, bagi sebahagian orang bahan-bahan pengawet laind dalam makanan juga boleh mendapatangkan penyakit tersebut.


sakit kepala

3. Makanan Masin

Pengambilan makanan masin yang mungkin mengandungi bahan pengawet berbahaya lagi mudah mengundang terjadinya serangan migrain dan sakit kepala.

Pengambilan garam yang berlebihan boleh mengakibatkan peningkatan tekanan darah sehingga mengudang terjadinya serangan migrain dan juga sakit kepala.

sakit kepala


4. Daging Yang Diawet

Jangan tak tahu ada berberapa daging yang termasuk dalam kategori daging yang diawet seperti daging burger dan sosej dikatakan boleh menyebabkan migrain dan sekait kepala.

Ini adalah kerana daging-daging tersebut mengandungi bahan pengawet yang dipanggil nitrat, berfungsi untuk mengekalkan warna serta rasa daging tersebut.

Makanan tersebut akan melepasan oksida nitrat ke dalam darah yang mana akan melebarkan pembuluh darah di otak sehingga mengundang kemunculan serangan migrain.

5. Pemanis Buatan

La nie kalau kita tengok atau baca betul-betul kandungan bahan yang digunakan dalam makanan, termasuk makanan segera banyak yang menggunakan pemanis buatan sebagai penambah rasa manis.

Begitu juga dengan minuman, banyak yang menambah pemanis buatan sedangkan ia boleh mengundang terjadinya serangan migrain dan sakit kepala.

Itulah beberapa jenis makanan/minuman yang boleh mengudang migrain dan sakit kepala yang telah sis kenal pasti sendiri. Cuma kadang-kadang tu, dah tahu tapi makan/minum jugak seakan cari penyakit jugak! Huhu..huhu…

Apapun semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jaga diri dan jaga kesihatan, termasuklah menjaga pemakanan. Pilih makanan yang sihat serta berkhasiat ok. Jumpa lagi.Tata!