Apabila usia makin meningkat sudah pasti pelbagai penyakit datang menghampiri. Antaranya kadar kolesterol tinggi dalam badan!

kolesterol tinggi

Masalah Kolesterol Tinggi

Sebenarnya sis tak habis lagi nak cerita pasal kolesterol tinggi dalam badan nie memandangkan masalah ini turut menghantui diri ini. Ahh…gitewwww…

Jangan ingat saiz kecik macam sis tak ada potensi untuk berhadapan dengan kadar kolesterol yang tinggi nie.Kalau tak kawal dan amalkan gaya hidup sihat memang berpotensi untuk terkena.

Boleh Terkena Penyakit Jantung

Jumlah lemak tinggi dalam darah berisiko membentuk radikal bebas dalam badan dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit serius, antaranya penyakit jantung.

Kolesterol yang berlebihan juga akan membentuk plak dalam dinding pembuluh darah jantung yang mana akan membuatnya mengeras dan tersumbat.

Keadaan ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja keras supaya dapat mengepam pengaliran darah yang diperlukan. Akibatnya jantung akan mengalami kerosakan.

Orang yang mempunyai jumlah lemak dalam darah yang tinggi berisiko tiga kali ganda untuk terkena serangan jantung berbanding orang yang mempunyai kadar lemak yang normal.

Baca Juga: 


Karang gigi, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Cara Hilangkan Kolesterol Jahat Dalam Badan


kolesterol tinggi

Penyebab Jumlah Kolesterol Meningkat


Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan jumlah kolesterol meningkat, antaranya:-


1. Pengambilan makan berlemak tinggi seperti daging berlemak, hati ayam/lembu, makanan bergoreng, udang dan makanan bermentega.

2. Makanan tinggi kandungan gula seperti kuih, biskut dan pastry.

3. Mengidap penyakit seperti darah tinggi dan diabetis.

4. Merokok.

5. Obesiti.

6. Stress yang kronik dan depresi.

Itulah 6 faktor yang boleh menyebabkan jumlah kolesterol meningkat.Marilah kita sama-sama cuba mengawal kolesterol dalam badan supaya tidak meningkat naik dengan melakukan perubahan gaya hidup sihat.