Lapar tengah malam | Nampaknya lepas raya nie ramai yang mengeluh sebab berat badan semakin naik. Selera makan begitu membuak-buak, seakan tak dapat dikawal. Pergh… memang haru!Sis sendiripun dapat rasakan keadaan ini. Selera makan memang menjadi sangat-sangat, lagi-lagi tengah malam. Haru betul! 

lapar tengah malam


Masalah Lapar Tengah Malam


Faham-faham ajelah kan… kalau selalu sangat dah makan time tengah malam nie macam manalah berat badan nak turun.Apatah lagi, kalau ‘santapan’ yang diambil tu jenis makanan berat, bergoreng ataupun berkalori tinggi. 

Menyedari hakikat tersebut, kalau dah rasa lapar waktu tengah malam, sis lebih suka menikmati kudapan sihat untuk mengalas perut. 

Sebab, sis pernah terbaca satu artikel yang mengatakan, pengambilan makanan/kudapan sihat yang rendah kalori pada malam hari mampu mencegah penambahan berat badan secara berlebihan. Ahh…gitewww….


Kudapan Sihat Bila Rasa Lapar Tengah Malam


Berikut beberapa kudapan sihat yang selalu sis ambil bila lapar tengah malam. Antaranya…


lapar tengah malam


1. Yoghurt

Dulu-dulu sis memang tak suka makan yoghurt.Walaupun tahu yoghurt mengandungi kalsium dan protein yang bagus terutama apabila dimakan pada malam hari.

Tapi, bila dah ‘kertu’ nie suka pula makan yoghurt.Makanan ini juga dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa lapar pada keesokan pagi serta mampu membantu kita tidur dengan lebih lena.


lapar tengah malam
2. Bijirin

Selalunya bijirin Nestum (Original) flavour yang menjadi pilihan sis time lapar-lapar tengah malam.Senang nak sediakan, hanya bancuh dengan air panas jer. Lepas tu dah boleh minum. Rasanya cukup enak dan mengenyangkan serta penuh khasiat.

Baca Juga: 






telur rebus


3. Telur Rebus

Makan telur rebus juga antara favourite sis. Tapi, terus terang sis cakap, sis hanya makan telur putihnya sahaja. Heee.. hehee… 

Suka makan telur rebus nie sebelum tidur sebab perut akan terasa lebih kenyang dan tidur pun akan jadi lebih lena giteww.

Telur rebus mempunyai protein yang cukup tinggi serta bahagian putihnya tu dikatakan membantu pengeluaran hormone melatonin yang akan membuatkan kita cepat rasa mengantuk.


lapar tengah malam


4. Pisang

Buah yang paling senang nak dapat dan banyak sekali khasiatnya. Bagi yang menggemarinya pasti akan mengatakan, buah ini sangat sedap!

Tak tahulah korang tahu ke tidak yang pisang elok dimakan sebelum tidur.Pisang mengandungi sumber magnesium yang baik dan mampu membantu badan kita menjadi lebih relaks serta meredakan stress sebelum tidur.

Mungkin sebab itulah juga, kalau perut dah rasa lapar time tengah malam, sis tidak teragak-agak untuk makan pisang jer. Selain perut terasa kenyang, tidur akan jadi lebih nyenyak secara semulajadi.

Itulah antara makanan yang sering sis ambil kalau dah terasa lapar waktu tengah malam. Nak jamah makanan ‘berat’ bukan tak lalu, tapi tak bagus untuk kesihatan. Nak maintain berat badan pun nanti susah, sebab makanan tersebut akan diproses menjadi lemak. Tidak mustahil, berat badan akan jadi semakin bertambah! Ayooo.. tak nakkkkkk!!