Resepi Buah Melaka |Siapa suka makan kuih buah melaka atau onde onde? Kalau suka, kita memang boleh jadi geng ya!Sejak kecil lagi sis memang suka menikmatinya. Jom la kita cuba Resepi Kuih Buah Melaka.

resepi buah melaka

Resepi Buah Melaka

Dulu-dulu mak sis selalu buat dan itulah antara kuih tradisional yang kerap dijadikan salah satu meu kuih muih untuk sarapan pagi, minum petang ataupun berbuka puasa.

Bentuknya comel, bulat kecil, berwarna hijau, rasanya manis sebab intinya gula kabung/gula melaka. Kemudian disalut pula dengan kelapa parut yang telah diletakkan sedikit garam. Lagi sedap kalau kelapa parut tu muda!

Sis suka juga buat kuih buah Melaka nie  sebab cara nak membuatnya cukup mudah. Dan sis tahu ada pelbagai versi membuatnya dan apa yang sis share ini adalah cara atau resepinya ikut cara mak sis buat. Sis follow ajer lah.. gitewwww


Bahan-Bahan Yang Diperlukan 


  • 250 gram tepung pulut

  • 1 sudu besar tepung beras

  • 210 ml air dan 15 helai daun padan (kisar dan tapis airnya)

  • 1 susu besar pewarna hijau

  • Gula kabung/gula melaka secukupnya (dipotong dadu)

  • Kelapa parut secukupnya (putih sahaja)

  • Sedikit garam

  • Satu sudu kecil air kapur (kalau tak nak letak pun ok)

Cuba Juga:




Resepi Buah Melaka

Cara Membuatnya


1. Satukan tepung pulut dan tepung beras serta air kapur.

2. Lepas tu masukkan air daun pandan serta pewarna hijau. Gaul sehingga sebati dan adunan menjadi lembut. Boleh tambahkan air jika perlu.

3. Ambil sedikit adunan dan bentukkannya bulat macam bebola kecil. Lubangkan dan isikan septong gula kabung/gula merah lalu bulatkan kembali. Korang buatlah sampai habis.

4. Didihkan air dan masukkan beberapa buah melaka. Bila tengok ia sudah terapung atau timbul, biarkan seketika supaya bahagian dalamnya betul-betul dah masak.

5. Lepas tu, angkat dan terus golekkan di dalam kelapa parut yang sudah diletak garam. Kalau nak tahan lebih lama, korang boleh je kukus seketika kelapa parut tersebut.

Okay, Dah Siap Buah Melaka Yang Super Sedap!


6. Selamat mencuba Resepi Buah Melaka.