Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat | Ada masanya bila datang serangan sakit kepala, perghhh… rasa macam kepala nak meletup pun ada! Tambahan pula, rasa sakit kepala berdenyut-denyut itu berterusan tanpa henti.


cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat


Penyebab Sakit Kepala


Kalau sis, di bahagian tenguk, dahi dan kening ataupun bahagian belakang kepala akan terasa tegang semacam. Tuhan jer yang tahu macam mana rasa kesakitan itu. Korang yang pernah mengalami situasi tersebut, tentulah dah faham sangat, kan….

Ada banyak faktor yang menyebabkan kita diserang sakit kepala. Macam sis, kalau stress, terlalu penat atau kurang tidur,confirm la sakit kepala. Selalunya kalau sakit kepala, ada beberapa yang sis praktik untuk melegakannya. Jadi, korang bolehlah cuba tips tersebut.




Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat


1. Duduk Di Tempat Gelap


Bila dah sakit kepala, sis paling pantang berada di tempat yang cerah atau bercahaya. Memang kena duduk rehat di dalam ruangan yang gelap (padam semua lampu). Segala gajet terutama handphone memang tak boleh sentuh!

Kena tenang, pejamkan mata dan jika boleh lelapkan mata seketika. Cara ini dapat melegakan sakit kepala.

2. Tekap Ais Batu

Kalau dah tak tahan sangat sis akan tekap mata dengan tuala atau sapu tangan yang sejuk (rendam dalam ais batu, kemudian perah sikit).Ais batu dapat mengurangkan sakit kepala tau.

Selain daripada menekap ais batu yang dibungkus dengan sapu tangan atau tuala kecil di mata, korang boleh juga boleh menekapnya di kepala, dahi, bahu ataupun di bahagian belakang leher.Serius, akan rasa lega. Sis siap letak minyak Cap Kapak tau… sejuk-sejuk panas berangin gitewww!!

3. Buat Stretching


Sakit kepala nie juga boleh disebabkan oleh otot-otot tubuh kita yang tegang. Jadi, bila kita buat stretching otot-otot yang tegang tu boleh kembali mengendur.

Selain itu, korang boleh juga boleh melakukan teknik merelakskan diri iaitu dengan membayangkan pemandangan yang tenang dan damai, meditasi atau tarik nafas dalam-dalam.Cuba kosongkan fikiran ya!

4. Urut Pangkal Leher


Terasa lega sikit. Korang cubalah urut pangkal leher dengan ibu jari. Sebaiknya mulakan dari bahagian tepi telinga dan terus ke pusat kepala bahagian belakang.

Urut juga di dahi, pada kedua belah sisi dan juga pangkal kening, tolak keluar. Ianya dapat membantu mengurangkan ketegangan dan meredakan sakit kepala berdenyut-denyut yang sedang kita hadapi.


Baca Juga: 

Buah Untuk Sihat
6 Punca Kolesterol Tinggi



5. Minum Kopi


Sis bukanlah peminum kopi tegar. Jadi, bila diserang sakit kepala sis suka minum kopi sebab ia boleh menjadi solusi efektif untuk melegakan sakit kepala yang dialami. Ini adalah kerana kandungan kopi 40% lebih efektif dikatakan dapat membantu mengubati sakit kepala. Apapun pastikan kita tidak mengambil minuman berkafein ini lebih daripada 2 atau 3 cawan sehari.


Itulah sedikit sebanyak perkongsian sis tentang tips atau cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat. Semoga ia bermanfaat!