Berjalan kaki ayam. Jangan tak tahu, berjalan kaki ayam di atas rumput sebenarnya banyak manfaatnya untuk kesihatan. Namun, ramai yang tidak tahu dan tidak yakin kerana seakan tidak mempercayai kebaikan atau manfaat yang tersembunyi di sebalik aktiviti santai ini.

Berjalan kaki ayam


Berjalan Kaki Ayam Ada Banyak Kebaikan


Macam sis sendiri, bila dah berumur nie barulah rasa yakin akan manfaat luar biasa berjalan kaki ayam di atas rumput ini untuk kesihatan tubuh.Bukan setakat membantu memecahkan segala lemak dan membakar kalori sahaja.

Sebenarnya kebaikan tersebut sudah sis dengar sejak dahulu lagi. Mak sis pernahlah cakap, memang bagus kalau dapat jalan kaki di atas rumput masa pagi hari. 

Dan melalui info daripada pelbagai sumber berjalan kaki di atas rumput secara konsisten dikatakan merupakan idea sihat yang wajar dipraktik oleh setiap orang.Kebiasaan tersebut elok dilakukan pada pagi hari.


Berjalan kaki ayam
  

Kebaikan Berjalan Kaki Ayam


Berikut beberapa kebaikan berjalan kaki ayam di atas rumput untuk kesihatan tubuh

Melancarkan Perjalanan Darah


Pagi-pagi memang syok bila kaki kita menyentuh rumput. Sensasi sejuk embun pagi akan membuatkan suhu badan kita jadi lebih stabil. Ketika kita berjalan di atas rumput dan sinaran matahari (vitamin D) pada pagi hari yang memancar turut membantu memberikan energi untuk tubuh.

Keadaan ini akan membuatkan saraf dan juga otot-otot badan terjaga dengan baik serta kebal terhadap serangan penyakit.

Lagipun telapak kaki merupakan titik-titik akupantur dan tekanan pada titik-tiitik tersebut akan melancarkan perjalanan darah ke jantung. 


Berjalan kaki ayam

Bagus Untuk kesihatan Jantung


Kalau ikut kaji selidik yang dibuat oleh Journal of Environment and Public Health, menunjukkan bahawa berjalan kaki ayam di atas rumput mampu membantu menstabilkan degupan jantung seseorang. 



mencegah insomnia


Membantu Mencegah Insomnia


Melalui kajian yang dibuat oleh Journal of Environment and Public Health juga, andaikata kita tidak boleh mendapatkan tidur yang nyenyak, kita disarankan untuk bersiar-siar ataupun bersantai di taman. Suasana yang damai dan indah pada pagi harimampu membantu menenangkan fikiran. Secara tak langsung, badanpun akan menjadi lebih segar. 

Tetapi untuk mencegah insomnia atau memperbaiki masa tidur, boleh cuba berjalan berkaki ayam di atas rumput selama 30 minit pada setiap pagi.

Lakukan secara rutin bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Insya-Allah, lepas tu nanti masalah insomnia akan dapat ditangani dengan baik.


Berjalan kaki ayam


Menguatkan Tulang


Macam tak percaya ajer kan, berjalan kaki ayam  di atas rumput pada waktu pagi mampu menguatkan tulang. Tetapi itulah yang dikatakan daripada beberapa sumber yang sis baca. Sinaran matahari pagi mengandungi vitamin D, yang mana dikatakan sangat bagus untuk menguatkan tulang serta mencegah penyakit arthritis.

Kalau korang ada rasa sakit-sakit di bahagian pergelangan kaki, betis ataupun sering berasa kejang otot, eloklah lakukan aktiviti kerana senaman ini memang bagus untuk kaki. 



mengurangkan stress

Mengurangkan Stress


Korang yang kerap stress sebaiknya try la. Sis ada juga cuba beberapa kali, memang okay sangat. Kombinasi udara segar, sinaran mentari serta kehijauan mata yang memandang serta suasana pagi yang cukup menyenangkan buat otak jadi lebih ‘cool’. 

Rasa tenang sangat-sangat dan secara tak langsung ia membantu seluruh tubuh dan fikiran kita terasa lebih relaks. Secara automatik, rasa stress tu beransur pergi!

Itulah antara kebaikan atau manfaat berjalan kaki ayam di atas rumput pada pagi hari. Semoga bermanfaat dan selamat mempraktik!