Cara hilangkan muka berminyak.Bagaimanakah cara  mengatasi  serta membebaskannya? Baca dan praktik cara hilangkan muka berminyak dengan mudah yang dikongsikan ini.


cara hilangkan muka berminyak

Cara Hilangkan Muka Berminyak


Ramai di antara kita yang berhadapan dengan masalah ini. Ada tu sampai bertahun-tahun. Akibatnya pori-pori kulit muka ditutupi oleh minyak sehingga menimbulkan masalah jerawat!

Apa yang sis tahu, muka berminyak boleh disebabkan oleh dua factor utama itu kerana masalah hormon dan satu lagi tentang gaya hidup.Makanan, produk-produk kecantikan serta pencemaran udara boleh membuatkan kulit muka jadi berminyak.

Ada juga yang bila makan kacang ataupun makanan bergoreng, kulit muka pun jadi berminyak tau. Kawasan muka yang sering mengeluarkan minyak ialah “T-zone’iaitu di sekitar di dahi dan hidung.


Kalau nak ikutkan memang banyak cara untuk menghilangkan muka berminyak nie. Apapun sis sebenarnya lebih mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan cara tradisional. Lagipun bahan-bahan semulajadi seperti madu, putih telur dan juga buah strawberry mengandungi pelbagai khasiat tersendiri.


Cara Paling Mudah Hilangkan Muka Berminyak


cara hilangkan muka berminyak

Bersihkan Muka Secara Rutin

Pastikan wajah sentiasa bersih selepas beraktiviti dan menggunakan produk-produk kecantikan.

Segala kotoran mudah sangat melekat pada muka yang berminyak.Pilih pembersih muka yang tepat, khusus untuk mengatasi muka berminyak.


Keringkan Muka Dengan Betul

Lepas cuci muka, keringkan muka tu dengan cara menepuk-nepuk kulit muka dengan tuala muka yang lembut.

Jangan sesekali lap muka korang dengan cara ‘menenyeh-tenyeh’ muka dengan kain atau tuala muka kasar.

Ia hanya akan mendorong kulit mmengeluarkan lebih banyak sebum sehingga wajah menjadi semakin berminyak.



cara hilangkan muka berminyak

Guna Toner

Menggunakan toner muka adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah muka berminyak.

Pilihlah toner yang mengandungi astringent semualajadi yang mampu menenangkan kulit serta mengawal pengeluaran sebum di muka.

Pakai Pelembab

Dulu pun sis ingat, pakai pelembab membuatkan kulit muka menjadi lebih berminyak.Padahal menggunakan pelembab yang betul adalah cara yang untuk merawat kulit berminyak.

Bagi yang mempunyai kulit berminyak, sebaiknya pilih jenis pelembab bebas daripada kandungan minyak.

Kalau sis, sis suka guna gel lidah buaya kerana ia memberikan efek yang cukup menenangkan pada kulit serta tidak mengandungi alkohol.

Di samping itu, jangan lupa pakai sunscreen yang tidak mengandungi bahan utama minyak dan wanigan. Gunakannya secara rutin walaupun korang hanya berada di dalam rumah!

Gunakan Kertas Minyak

Biarpun kertas minyak ataupun ‘blotting paper’ tidak dapat mengawal pengeluaran sebum pada kulit, namun penggunaannya dapat membantu menghilangkan minyak yang berlebihan pada kulit supaya muka tak adalah nampak memancar-mancar!

Itulah enam cara hilangkan muka berminyak yang boleh dipraktik supaya muka bebas minyak. Semoga bermanfaat!