Penuaan kulit.Bagi wanita berusia tentu mahu memiliki kulit yang sihat dan anjal.Untuk kekal awet muda, ada beberapa makanan yang sebaiknya diambil secara rutin bagi membantu mencegah penuaan kulit yang semakin ketara!


penuaan kulit

Kulit Kering & Berkedut

Pertambahan usia sememangnya akan menampakkan banyak perubahan terutamanya kulit. Kulit akan nampak lebih kering dan berkedut.Untuk menghapuskannya memanglah tak boleh, namun kita boleh memperlambatkannya.

Mungkin juga penuaan tersebut sepatutnya belum waktunya. Jadi, kita bolehlah mencegah/memperlambatkan penuaan tersebut.

Baca Juga:



penuaan kulit

Makanan Terbaik Cegah Penuaan


Dikutip daripada beberapa sumber, katanya ada beberapa jenis makanan terbaik yang bagus untuk kesihatan kulit.

1. Ikan Salmon

Ikan salmon mengandungi omega 3 yang tinggi yang bagus untuk tubuh.Kandungan tersebut memainkan peranan penting untuk kesihatan kulit. Ia bukan sahaja membuatkan kulit jadi lebih anjal, malah dapat mencegah kulit kering kerana kandungan Omega 3 secara semulajadi akan menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelembab kulit.

Bagi kita-kita yang dah berusia nie eloklah makan ikan salmon kerana ia boleh membuatkan kulit jadi lebih sihat, anjal dan Kembali muda meskipun usia terus bertambah. Gitewwww….

Baca Juga:




air kunyit

2. Kunyit

Sejak remaja lagi sis memang dah tahu yang kunyit ini bagus untuk kesihatan tubuh dan kecantikan wajah. Kandungan ‘curcumin’ yang terdapat ada kunyit elok untuk anti- aging.So, kulit akan kekal awet muda!

3. Avokado

Ramai tak yang suka makan buah avocado nie. Sis tak minat sangat tapi makan jugaklah sikit-sikit kalau dah ada depan mata! Hiihiii…

Buah avocado dikatakan dapat membantu melindungi kulit yang rosak disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Kerosakan UV pada kulit boleh menyebabkan masalah kedutan dan tanda-tanda penuaan lain.

Avokado bukan sahaja memiliki lemak sihat, bahkan mengandungi vitamin K, vitamin C, vitamin A, vitamin B kompleks dan vitamin E yang elok untuk kesihatan kulit.Di samping itu, ia juga mengandungi antioksidan yang bagus untuk mengatasi masalah penuaan semulajadi.


buah delima

4. Delima

Buah delima mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh dan juga kecantikan. Bersifat anti-aging berupaya membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit yang disebabkan oleh kerosakan dan sinaran cahaya matahari.

Yang bestnya, buah ini juga dapat membantu mencegah hiperpigmentasi dan bintik-bintik hitam penuaan. Selain itu, buah ini juga dapat menghaluskan serta menganjalkan kulit dengan peningkatan pengeluaran kolagen dan elastin serta melembutkan kulit.


cendawan

5. Cendawan

Jangan tak tahu, ternyata cendawan mengandungi zat yang mampu membantu mencegah tanda-tanda penuaan kulit seperti bintik-bintik hitam di wajah, kedutan serta garis-garis halus di wajah.

Kandungan antioksan yang tinggi pada cendawan memainkan peranan penting untuk melawan tanda-tanda penuaan.Di samping itu, kandungan antioksidan yang tinggi itu juga menjadikan cendawan sebagai pelembab semulajadi.

Itulah antara makanan yang boleh kita amalkan bagi mencegah penuaan dan mendapatkan kulit yang cantik. Semoga bermanfaat.