Cara Hilangkan Lenguh Badan. Korang pernah rasa lenguh badan tak? Kalau pernah, tentu tahu macam mana situasi yang terpaksa korang hadap. Jadi, cuba cara hilangkan lenguh badan yang dikongsikan ini.


cara hilangkan lenguh badan

Cara Hilangkan Lenguh Badan Dengan Cepat

Kalau sis, time lenguh tu memang tak mampu nak buat apa-apa. Rasa lemah dan lemau satu macam! Kalau boleh nak baring jer.Apapun kalau dibiarkan berterusan tak bagus juga untuk kesihatan. 

Jadi, selalunya kalau rasa kurang bertenaga  tu datang sis tak suka melayan perasaan sangat. Cepat-cepat sis usahakan untuk segarkan diri kembali.

Nak tahu apa yang sis buat? Okay baca artikel ini sampai habis dan bolehlah korang praktikan nanti.

Apa Nak Buat Bila Lenguh Badan?

  • Buat Senaman Regangan

Kalau dah rasa badan penat atau letih, cepat-cepatlah buat senaman regangan. Biasalah kalau kita duduk lama-lama menghadap laptop, bahagian belakang, pinggang ataupun punggung pasti terasa sengal.

Untuk menghilangkannya, cuba bawa berdiri sekejap dan buatlah regangan supaya otot-otot di bahagian belakang meregang dan menghilangkan rasa lenguh.

  • Rehat Secukupnya

Bila badan mula terasa letih, cepat-cepatlah berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti dan berehatlah. Salah satu cara untuk mengembalikan energi dan meredakan rasa lenguh-lenguh badan adalah dengan merehatkan badan serta tidur. 

Pastikan cukup tidur,sekurang-kurangnya 8 jam tau. Biar seluruh otot-otot badan yang kurang bermaya itu kembali sihat.Relakkan badan, baring telentang dan kalau nak tidurpun cubalah dalam keadaan telentang supaya rasa lenguh itu dapat dikurangkan.

  • Berurut

Kalau penat, seakan tidak berenergi sis memang suka berurut.Urutan lembut pada badan dapat membantu meredakan rasa lenguh badan sekaligus mengurangkan stress, fizikal mahupun mental.

Picit atau urut lembut pada bahagian badan yang terasa lemau itu. InsyaAllah badan akan terasa segar kembali. 

Baca Juga


Makanan Penyebab Jerawat



cara hilangkan lenguh badan

Elakan Mengambil Makanan Berlemak Tinggi, Kafien & Gula


Waktu badan mula terasa penat kita memang perlu banyak minum air. Tetapi pastikan korang elakkan memngambil minuman berkafein.

Biarpun minuman berkafien nampak seperti menyegarkan dan boleh membantu mengatasi keletihan, namun ia tidak digalakkan. Sebagai gantinya, adalah lebih elok kalau kita minum air masak untuk mengembalikan energi badan.

Itulah beberapa cara yang sering sis amalkan setiapkali badan lenguh. Semoga perkongsian ini bermanfaat.