Menjaga kesihatan usus sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi keadaan tubuh secara keseluruhannya.Usus yang sihat menjadikan sistem imun yang sihat serta membantu mencegah pelbagai penyakit serius.

kesihatan usus

Cara Terbaik Menjaga Kesihatan Usus

Ada banyak perkara yang boleh membuatkan merosakkan bakteria baik di usus. Antaranya disebabkan tahap stress yang tinggi, pengambilan makanan yang tidak sihat dan seimbang.

1. Pengambilan Makanan Kaya Serat

Bagi mengekalkan usus yang sihat kita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan tinggi serat. Ini adalah kerana serat membantu melembutkan najis dan mmencegah sembelit serta mengurangkan gangguan penghadaman seperti buasir.

Antara makanan yang mampu membantu mengekalkan usus yang sihat ialah rori, beras perang, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan oat. Pengambilan susu yang mengandungi nutrient seperti probiotik juga dikanatatan dapat membantu melancarkan sistem penhadaman makanan serta mengruangkan masalah sembelit.


Baca Juga: 

Mata Letih. Cuba 8 Cara Segarkannya

5 Cara Legakan Sakit Kepala

kesihatan usus




2. Banyak Minum Air

Jangan lupa minum air masak sebanyak 8 gelas sehari supaya tubuh terhidrasi dengan baik. Minum air masak Ketika perut masih kosong dikatakan dapat membantu membuang semua racun dalam badan yang telah berkumpul pada malam hari sewaktu kita tidur.

Di samping itu turut membantu usus mencerna nutrisi secara semulajadi serta melancarkan pembuangan air besar pada setiap hari.


kesihatan usus




3. Mengurangkan Stress

Mengawal stress juga penting untuk aspek kesihatan, termasuklah menjaga kesihatan usus.Semakin berusia, daya ketahanan badan kita akan menurun. Apatah lagi, jika kita idak mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak bersenam, tidak mengamalkan pemakanan seimbang, , kerap stress dan sebagainya.


Selain tu pastikan rehat dan tidur mencukupi. Ini adalah kerana tidur nyenyak pada malam hari yang sangat penting untuk kesihatan tubuh supaya dapat mencegah kemunculan pelbagai penyakit termasuk kanser kolon atau kanser usus.

4. Rutin Bersenam

Mungkin ramai yang tak tahu yang bersenam secara rutin juga turut membantu mengekalkan kesihatan usus. Bersenam mampu merangsang pengecutaan otot usus, seterusnya mengawal pergerakan sembelit. Jadi, sebab itulah ada di antara kita yang memilih untuk berjalan santai selepas makan kerana menganggap ianya mampu membantu memberikan kesan positif kepada sistem pencernaan.

Senaman ringan ini dikatakan dapay melindungi kita daripada penyakit yang berkaitan dengan usus, sembelit serta pedih ulu hati. Aktiviti seperti berbasikal dan bermain badminton boleh bantu kelancaran pergerakan usus.

Itulah beberapa cara yang boleh korang lakukan untuk menjaga kesihatan usus supaya sistem pencernaan/penghadaman tetap sihat. Semoga bermanfaat! Jumpa lagi.